Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fenomena Belalai Air Muncul...

DUNGUN : Pengunjung dan penduduk di sekitar Pantai Paka di sini, gempar dengan...

Shafie Masuk Ke Hospital...

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,...

Graduan Perlu Ada Kemahiran...

ARAU - Selain mempunyai kelulusan cemerlang, graduan harus menyiapkan diri dengan kemahiran yang...

Konsert Search 35 Tahun...

Kuala Lumpur - Konsert Search 35 Tahun yang bakal diadakan di Stadium Merdeka,...

KSN Jalani Kuarantin Kendiri Hingga 31 Januari

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali  menjalani kuarantin kendiri di rumah hingga 31 Januari ini setelah beliau menjadi kontak rapat kepada individu yang didapati positif COVID-19 pada 22 Januari lalu.

Menurut hantaran menerusi laman sosial beliau hari ini, Mohd Zuki berkata kuarantin kendiri itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Namun beliau menegaskan situasi yang dihadapinya tidak akan mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam.

“Saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya,” katanya.

Susulan perkembangan terbaharu itu, Mohd Zuki membatalkan sidang media Pengurusan Darurat oleh beliau yang dijadualkan pada petang ini, namun satu kenyataan media berhubung mekanisme pentadbiran Pengurusan Darurat akan dikeluarkan. – BERNAMA

Kategori