Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Rise Ini Kalilah’ Peluang...

PETALING JAYA - Pelakon Mira Filzah menganggap tawaran berlakon dalam filem Rise Ini...

Moto2: Sakit Belakang Bukan...

SEPANG - Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah mahu mengetepikan kesakitan belakang badan...

Perunding Didakwa Cabut Gigi...

KUALA LUMPUR - Seorang perunding di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Suami Isteri Hadapi Tuduhan...

KUANTAN - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Kronologi Sultan Muhammad V Selaku Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Berikut adalah kronologi Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15:

14 Oktober 2016: Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas), menggantikan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

13 Disember 2016: Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 manakala Sultan Perak Sultan, Nazrin Shah pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

31 Januari 2017: Berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) daripada kerajaan Malaysia.

24 April 2017: Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat penuh dengan tradisi Kesultanan Melayu di Istana Negara.

24 April 2017: Berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja untuk kali pertama sempena pertabalan baginda.

3 November 2017: Berkenan menerima menghadap Putera Charles dan isteri baginda, Camella di Istana Negara.

10 Mei 2018: Berkenan menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara selepas gabungan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.


16 Mei 2018: Memperkenan rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Umum PKR dan diberi pembebasan serta-merta. Anwar kini presiden parti itu.

18 Mei 2018: Berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Negara untuk menyerahkan senarai nama Anggota Parlimen yang dilantik sebagai Menteri Persekutuan baharu.

2 November 2018: Sultan Muhammad V bercuti sehingga 31 Disember 2018 untuk menjalani rawatan dan sepanjang tempoh itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

4 Januari 2019: Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.

6 Januari 2019: Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa hari ini. – BERNAMA

Kategori