Kroni Mahathir Bina ‘Airport’ Tioman RM1.2 Bilion?

PANAS… Selepas gempar berita kroni Tun Dr. Mahathir Mohamad bina projek mewah di Langkawi, Kedah bernilai RM30 bilion, kini seorang lagi kenalan beliau muncul dengan satu lagi projek mega.

Bagaimanapun berbeza dengan Tan Sri Ting Pek Khiing yang memajukan projek hartanah Langkawi New City seluas 81 hektar di pulau legenda Mahsuri itu, kali ini Tan Sri Vincent Tan pula tampil membangunkan Tioman, Pahang.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya itu dilaporkan media bakal membina sebuah lapangan terbang baharu di pulau berkenaan dengan kos RM1.2 bilion dan mendakwa ia langsung tidak menggunakan sumber dana kerajaan.

Sebaliknya Vincent; yang pernah jadi bahan berita kerana anjur parti hari lahir Mahathir ke-90 dengan gaya mewah pada tahun 2015 lalu, menjelaskan konon projek prasarana itu dibiayai dana dalaman syarikat dan pinjaman bank.

“Kami sedang tinjau projek infrastruktur di Tioman dan akan mencadangkannya kepada pihak kerajaan. Kami mahu biayai sendiri projek ini dengan pinjam daripada bank. Kami cuba tidak mahu membebankan kerajaan,” kata beliau.

Hartawan syarikat perjudian ternama tempatan itu mendakwa kononnya pembinaan lapangan terbang baharu itu bakal melibatkan kerjasama dengan pihak berminat kerana kedudukan kewangan kerajaan ketika ini tidak stabil.

Ironinya, Vincent dilaporkan pada satu sidang media khas di ibu negara semalam berkata, syarikatnya akan ‘swasta’ projek tersebut dan pihak kerajaan pula boleh mengaturkannya untuk memudahkan segala urusan pembiayaan.

Dalam bahasa mudah, beliau membayangkan projek itu adalah percuma kerana pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir tidak perlu keluar duit walau satu sen pun, tetapi masih harap balasan lain daripada kerajaan.

Baca: Kisah Kroni Si Mahathir Raih Projek RM30 Bilion

Dan: Kroni Mahathir Bongkar Kisah Skandal Bekas Bosnya

Juga: Parti Hari Jadi Ke-90 Mahathir Memang Hebat Meriah

Untuk rekod, Lapangan Terbang Tioman sedia ada di Kampung Tekek yang diuruskan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mencatatkan kurang 10,000 penumpang dan lebih 1,000 penerbangan pesawat ringan setahun.

Secara kebetulan, sebahagian besar pesawat keluar masuk iaitu lima kali seminggu ke pulau itu melibatkan syarikat penerbangan Berjaya Air milik Vincent berpusat di Lapangan Terbang Sultan Abdulaziz Shah, Subang, Selangor.

Syarikat beliau juga terlibat aktif dalam menguruskan Berjaya Hotel di Tioman sekali gus menggambarkan pengaruh besar Vincent sendiri di pulau kecil yang seluas cuma 136 kilometer persegi dengan hanya 1,000 penduduk itu.

Namun, apa jadi persoalan ialah kos lapangan terbang baharu itu amat besar walhal Habsyah, sebuah negara miskin di benua Afrika pula mampu mewujudkan tiga buah lapangan terbang yang moden dengan kos cuma RM300 juta.

Sekadar perbandingan, lapangan terbang antarabangsa Roatan di Honduras, sebuah negara kecil di Amerika Latin yang mampu terima pesawat Boeing 757 pun dapat dibina dengan kos serendah RM4 juta pada tahun 2001 lepas.

Bahkan, kerajaan India dilaporkan media tempatan pernah menyiapkan sejumlah lapan buah lapangan terbang baharu di seluruh negara tersebut dalam tempoh sedekad sahaja dengan kos keseluruhan sebanyak RM200 juta.

Justeru, mungkin kos RM1.2 bilion untuk bina lapangan terbang baharu Tioman mencetuskan tanda tanya sama ada angka itu terlalu besar bagi sebuah pulau yang lebih kecil daripada Langkawi sendiri? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Loading...