Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mayat Wanita Ditinggal Dalam...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita ditemui dalam masjid Taman Keramat Hulu Klang...

2 Lelaki Bebas Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini,...

KPWKM Anjur 58 Sesi...

PUTRAJAYA - Sebanyak 58 sesi bimbingan dan kaunseling dijalankan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga...

Pairin Belum Terima Laporan...

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan belum...

Krisis Konsesi Air Selangor Selesai

SUBANG – Detik bersejarah tercipta apabila kerajaan negeri Selangor memuktamadkan pengambilalihan syarikat konsesi air oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bernilai RM2.55 bilion.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata nilai pengambilalihan SPLASH yang ditawarkan itu adalah jumlah pengurangan dengan diskaun sebanyak 28 peratus.

Katanya berdasarkan nilai buku bersih SPLASH pada 30 Jun 2018, adalah sebanyak RM3.54 billion.

“Nilai RM2.55 bilion itu dicapai setelah rundingan selama hampir setahun yang berlangsung di antara pihak Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan SPLASH Holdings.

“Air Selangor akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1.9 bilion dan baki pertimbangan sebanyak RM650 juta akan dibayar melalui bayaran ansuran tahunan untuk tempoh selama 9 tahun.


“Pengambilalihan ini tidak membabitkan apa-apa peruntukan kewangan dari dana Kerajaan Negeri Selangor dan telah distrukturkan dengan pembayaran secara jangka panjang,”katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran Pengambilalihan SPLASH oleh Air Selangor.

Surat tawaran terbabit disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman kepada Pengerusi SPLASH Holdings, Tan Sri Wan Azmi Wan hamzah. – BH Online

Kategori