Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Abu Talib Nafi Guna...

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman menafikan dakwaan Tun Dr. Mahathir...

Perak Raih Dua Pingat...

PARIT BUNTAR – Kecederaan tulang kolar dan lutut kiri tidak melunturkan semangat Fatin...

Anak Enggan Ke Sekolah...

KUANTAN - Seorang bapa sanggup bertindak di luar batas perikemanusiaan dengan tergamak merantai...

TMJ Titah Acan Jalani...

JOHOR BAHRU - Hasrat seorang remaja yang mengalami penyakit jantung berlubang kronik, Mohd....

Krisis COVID-19 Tuntut Peranan Semua Pihak

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) terus mengingatkan semua pihak untuk sama-sama berperanan dalam mendepani krisis COVID-19 berikutan aliran semasa peningkatan kes yang mendadak secara eksponensial (menjadi semakin pantas).

Merujuk kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) terkini yang mencatatkan 1.16, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penularan COVID-19 di negara ini semakin meruncing.

Beliau tidak menolak kemungkinan peningkatan kes jangkitan dan kematian akan berterusan dan boleh terus meningkat dengan jumlah katil di Unit Rawatan Rapi, hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan tidak mencukupi. 

Katanya, KKM juga sudah memberi amaran kemungkinan berlaku situasi apabila doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya lebih rendah (poor prognosis).

“Ini adalah situasi sukar yang mendepani kita semua, dan KKM ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama berganding bahu untuk memainkan peranan bagi mendepani krisis COVID-19.

“Semua pihak perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab, tidak kira kerajaan, agensi berkaitan dan juga rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya malam tadi.

Menyentuh peranan kerajaan, Dr Noor Hisham berkata KKM menyambut baik pengumuman keputusan Sidang Majlis Keselamatan Negara yang diperincikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Menurutnya, ia adalah antara tindakan yang diperlukan bagi membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Beliau berkata, tindakan kawalan sempadan dan pintu masuk antarabangsa yang ketat, tempoh kuarantin pengembara dilanjutkan kepada 21 hari, meningkatkan aktiviti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai liputan imuniti kelompok di Malaysia penting dalam mengekang penularan jangkitan.

Di samping itu, katanya kerajaan perlu terus meningkatkan tindakan kesihatan awam di lapangan dan pelbagai langkah kesiapsagaan bagi terus memerangi COVID-19.


Sementara itu, masyarakat juga mempunyai peranan penting dalam memutuskan rantaian jangkitan dengan duduk di rumah setiap masa.

“Sekiranya perlu keluar untuk sebarang urusan penting, lindungi diri dengan memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan sekurang-kurangnya dua minit atau menggunakan ‘hand sanitizer’.

“Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. 

“Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sekiranya dibenarkan untuk menjalani Perintah Pengawasan Di Rumah (HSO), orang ramai perlu patuhi segala peraturan. 

“Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan segera.

“Lindungilah ahli keluarga kita terutamanya warga emas dan mereka yang berisiko tinggi. Sekiranya mereka tidak sihat, dapatkan bantuan kecemasan,” katanya. – BH Online

Kategori