Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selepas Perkasa, KPN Jadi...

TIDAK habis-habis buat provokasi dan memang gila betul!Sehari selepas cuba cetus huru-hara dengan...

DAP Mahu Kerusi Timbalan...

KUALA LUMPUR - DAP mendedahkan tindakan parti itu mendesak kerajaan Selangor supaya melantik...

Ibu Kenakan Sewa Rumah...

SEORANG ibu mendedahkan dia mengenakan sewa rumah kepada anaknya meskipun kanak-kanak berkenaan baru...

Permohonan Rayuan BSH 2019...

KUALA LUMPUR – Tempoh permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka...

KPN Sahkan Polis Siasat Bekas Peguam Negara

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat terhadap bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.

“Semua laporan polis yang diserahkan akan disiasat,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Bagaimanapun, Abdul Hamid tidak menyatakan siasatan dijalankan mengikut seksyen mana.

Abdul Hamid berkata demikian sebagai mengulas laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Dalam laporannya Lip Eng meminta polis dan agensi penguat kuasa menyiasat Apandi yang didakwa turut berperanan cuba menutup skandal 1MDB.


Menurut laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi semalam, Lip Eng juga berharap bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta bekas ketua polis negara disiasat sama.

Apandi dikaitkan dengan kes membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menutup skandal yang 1MDB. – Sinar Harian

Kategori