Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peminat Spekulasi Uqasha, Ben...

PEMINAT mula berspekulasi pelakon Uqasha Senrose dan Ben Amir kini sedang hangat menjalin...

Parti Islam Baharu GHB...

KUALA LUMPUR - Parti Islam baharu yang akan ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin PAS...

Jordan Kecam Tindakan Israel...

AMMAN - Jordan pada Ahad mengutuk tindakan Israel yang berulang kali menceroboh Masjid...

Sandakan Bakal Ada UTC...

SANDAKAN - Sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan didirikan di daerah ini, menjadikannya...

KPKT Ketat Syarat Mohon Lesen Import Sisa Plastik

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak bercadang mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara, namun akan meningkatkan dan memperketatkan syarat permohonan permit import (AP) sisa plastik.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata KPKT juga akan meningkatkan penguatkuasaan serta mengadakan pemantauan rapi terhadap kilang yang beroperasi seluruh negara.

“Susulan laporan media yang mendedahkan mengenai kilang kotor, KPKT turun padang dan mendapati kilang yang dimaksudkan beroperasi secara haram dan tidak mempunyai AP untuk mengimport sisa plastik.

“Satu jawatankuasa sudah dibentuk dan mereka memeriksa 114 kilang plastik yang mendapat kelulusan untuk membawa plastik import, namun hanya lapan kilang didapati memenuhi syarat terperinci dikeluarkan KPKT,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Zuraida menjawab pertanyaan Charles Anthony Santiago (PH-Klang) yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara supaya melarang semua sisa plastik yang diimport dari luar negara terutamanya dari China, Eropah dan Australia masuk ke Malaysia.

Zuraida berkata, permohonan lesen untuk memproses plastik harus mendapat surat persetujuan daripada KPKT yang menyatakan kilang berkenaan mendapat kelulusan untuk mengimport plastik.


“Ini satu ketetapan yang dilaksanakan dan surat pekeliling turut dikeluarkan. Buat masa ini, KPKT membekukan lesen import sisa plastik dan belum mengeluarkan (arahan) lagi untuk meluluskan permohonan mereka. Semua permohonan baharu harus melengkapi 18 syarat baharu yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, KPKT menghentikan pemberian AP sisa plastik untuk tempoh tiga bulan berkuat kuasa 23 Julai lalu. – BERNAMA

Kategori