Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abdullah Kassim Meninggal Akibat...

KUALA LUMPUR - Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara...

Hoki Piala Asia Uji...

KUALA LUMPUR - Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia akan menjadi medan untuk menguji...

Aksi Pembukaan Mudah Bagi...

RIO DE JANEIRO - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang...

Zon Hijau Covid-19 Bertambah...

SATU lagi daerah dikategorikan sebagai zon hijau Covid-19 menjadikan keseluruhannya 65 zon tiada...

KPKT Cari Tanah Wakaf Untuk Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengenal pasti tanah wakaf di negara ini yang boleh dibangunkan dengan projek perumahan untuk golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata pihaknya turut mewajibkan agar kerajaan negeri tampil memberikan tanah kepada KPKT bagi tujuan sama.

Beliau berkata, kebanyakkan golongan B40 mempunyai isi rumah antara lima hingga enam orang dan menetap di dalam rumah bersaiz 650 kaki persegi.

“Mereka sepatutnya diberikan rumah yang selesa, yang sesuai untuk didiami dan boleh dianggap sebagai tempat untuk sekeluarga berteduh.

“Kita hendak mewajibkan rumah mampu milik mempunyai keluasaan sekurang-kurangnya 900 kaki persegi dan memiliki kemudahan riadah, surau dan sebagainya,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) kali ke-25, di sini, hari ini.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang, berkata sekiranya projek perumahan berkenaan diberikan oleh negeri, sebagai contoh, kos pembinaan itu akan lebih rendah dan mampu dimiliki golongan B40.

“Kos yang dipatuhi pun kita akan turunkan termasuk bekalan air dan elektrik,” katanya.


Dalam perkembangan lain, beliau mencadangan agar ahli DPIM mempelopori bidang perniagaan pelancongan Islam yang kini semakin mendapat perhatian ramai.

“Islam mempunyai komuniti di seluruh dunia, jadi ia adalah peluang yang besar untuk DPIM menerokai segmen ini. Kalau kita kata Malaysia ada 30 juta penduduk dan 56 peratus adalah masyarkat Melayu-Islam, di luar sana, bilangannya lebih besar.

“Sekiranya pelancong Islam pergi ke China, mereka ingin mencuba makanan orang Cina ataupun sekiranya mereka pergi ke Itali mereka ingin mencuba makanan Itali, tetapi ia haruslah Halal dan inilah pasaran yang harus kita terajui,” katanya.

Zuraida berkata, DPIM sudah mempunyai ahli yang mengusahakan perniagaan ini tetapi ia harus dikembangkan. – BERNAMA

Kategori