Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Menang Perak, Gangsa...

KUALA LUMPUR: Malaysia membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa daripada Kejohanan...

Datang Ujibakat Jangan Pakai...

PENYANYI dangdut popular Mas Idayu yang juga merupakan antara tenaga pengajar program realiti...

Alyah Tegur Penerbit Drama...

PENYANYI, Datin Alyah menegur sebuah syarikat penerbitan drama televisyen kerana didapati menggunakan lagu...

Perasaan Gemuruh Jejaskan Lompatan...

GOLD COAST – Perasaan gemuruh dan hilang keyakinan diri menjadi punca kemerosotan prestasi...

KPDNKK Beri Masa Sebulan Pamer Harga GST Sifar

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh sebulan kepada peniaga untuk menyelaraskan tanda harga barang ekoran cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahyuddin berkata, pelarasan itu sejajar dengan pengumuman Kementerian Kewangan yang menetapkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar enam peratus sebelum ini kepada kadar sifar bermula hari ini.

Beliau berkata, fokus KPDNKK adalah terhadap isu harga yang tertakluk di bawah bidang kuasa Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk memberi tumpuan penguatkuasaan daripada segi antipencatutan dengan objektif utama menangani perbuatan mencatut semasa perubahan kadar GST dan pada situasi lain.

“Bagi menangani aktiviti pencatutan, manipulasi harga, kenaikan harga barangan secara tidak terkawal terutama di peringkat peruncitan, KPDNKK melaksanakan gerak gempur Ops Catut 4.0 bermula 24 Mei lalu hingga 30 Jun ini ke atas sektor peruncitan di seluruh negara.

“Dalam Ops Catut 4.0 yang dimulakan pada 24 Mei lalu, sebanyak 7,542 premis diperiksa di seluruh negara membabitkan sejumlah 235,374 barang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pasar raya di sini hari ini.


Katanya, pelaksanaan Ops Catut 4.0 dijalankan melalui pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan di peringkat peruncitan dengan memberi tumpuan kepada tindakan terhadap ketidapatuhan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan KPDNKK. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori