Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jennifer Lawrence Mahu Maki...

Rupa-rupaya aktres Jennifer Lawrence bukan peminat Donald Trump sebaliknya dia sememangnya berhajat untuk...

Jenazah Shahnon Ahmad Selamat...

BANGI — Jenazah Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad selamat dikebumikan...

SKMM Diminta Sekat Perjudian...

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menggunakan kepakaran dan undang-undang...

SPRM Cuai, Keluarga Ahmad...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kecuaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

KPDNHEP Selangor Rampas Barangan Tiruan RM94,000

KLANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas pelbagai jenis barangan dengan jenama tiruan bernilai kira-kira RM94,000 dalam serbuan di premis perniagaan yang menjual pakaian terpakai di Jalan Meru, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, operasi pukul 12 tengah hari itu oleh pegawai KPDNHEP Shah Alam bersama empat anggota dan wakil pemilik cap dagang berkenaan.

Hasil siasatan mendapati premis itu menjual barangan tiruan berjenama seperti beg dan aksesori tetapi dengan harga yang asli.

“Semasa pemeriksaan, dua orang mengaku pekerja di premis itu dan telah direkodkan kenyataan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Barangan berkenaan diperoleh daripada pembekal tempatan dan ia dijual dengan harga RM500 sehingga RM4,000 seunit.


“Pekerja premis berkenaan mendakwa beg berkenaan adalah asli tetapi gagal menunjukkan sebarang bukti berkaitan keasliannya dan kesemua barangan itu disita untuk siasatan lanjut,” katanya.

Azman berkata, kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan akan didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.- BERNAMA

Kategori