Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Mahathir Kata BN Sabah...

IBARAT paku dulang, paku serpih, tapi kata kepada orang, dia pula yang lebih......

2 Tapak Pelupusan Sampah...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan membina dua tapak pelupusan sampah baharu, masing-masing...

Saya Akan Sokong MB...

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada...

Lelaki Bersyukur Wang Gagal...

KOTA BHARU - Pembantu am yang wang miliknya sebanyak RM4,900 yang gagal didepositkan...

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi ini setelah lebih seminggu bertarung nyawa dipercayai akibat jangkitan kuman selepas menjalani satu pembedahan baru-baru ini.

Beliau menghembus nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Allahyarham juga merupakan bekas Pengarang Kosmo!, akhbar harian kompak terbitan Kumpulan Utusan.

Beliau menjadi pengarang akhbar berkenaan selama 10 tahun antara 2008 dan 2018.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu terlibat dalam bidang kewartawanan selama 29 tahun sebelum bersara menerusi Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) Utusan pada Disember 2018.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang penulisan dari Universiti Malaya ini pernah bertugas sebagai pemberita, penulis rencana dan koresponden akhbar Utusan Malaysia di London antara 1994 dan 1997.


Allahyarham juga pernah bertugas sebagai kolumnis, pengarang berita, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia (2000-2002), Pengarang Majalah Mingguan MASSA, Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia dan pernah menjawat jawatan Penolong Pengarang Utusan Malaysia.

Admin Mynewshub yang pernah berkhidmat dengan Allahyarham di Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan ini ingin mahu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau.

Diharap tabah menghadapi dugaan yang melanda.

Al-Fatihah

Kategori