Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Gigih Riba Anak...

KEGIGIHAN wanita Afghanistan ini yang terpaksa membawa bersama bayinya yang berusia dua bulan...

Ramai Tak Bersetuju Tuk-Tuk...

KUALA LUMPUR: Orang ramai khususnya di media sosial tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya...

Tragedi Ittifaqiyah Imbau Lambaian...

SEMALAM, 22 September, genap 28 tahun tragedi kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah (Pondok Pak...

“Kita Lihat Sahaja Apa...

KUALA LUMPUR - "Kita lihat sahaja apa yang parti baharu yang akan dibentuk...

Kostum, Pemegang Mikrofon Amy Search Di Hard Rock Desaru

KUALA LUMPUR – Penyanyi rock legenda Amy Search terharu dan berbangga kerana salah satu koleksi kostum dan pemegang mikrofon miliknya diabadikan di Hotel Hard Rock, Desaru Coast, Johor.

Kedua-dua barangan peribadi milik Amy, 61, pernah digunakan ketika beliau menjayakan Konsert Jelajah Fenomena 30 Tahun Search pada 2011.

Perkongsian tersebut dimuat naik vokalis kumpulan Search itu menerusi laman Instagramnya sebentar tadi dengan menyifatkan ia sebagai satu bentuk penghargaan bertaraf antarabangsa.

“Terima kasih Hard Rock Desaru Coast, Johor kerana mengabadikan salah satu koleksi kostum dan pemegang mikrofon iaitu barang kenangan sewaktu Konsert Jelajah Fenomena 30 Tahun Search 2011.

“Ia menjadi ikonik label rock & roll di sini. Apa yang membanggakan, saya memperoleh sebuah penghargaan bertaraf antarabangsa dan tertinggi dalam karier saya,” tulisnya.

Tambah Amy lagi, sebelum ini beliau pernah memasang angan-angan mahu barangan peribadinya diabadikan di situ selepas melihat koleksi memorabilia artis-artis lain.


“Selepas 38 tahun. Ini adalah sebuah momen epik. Saat yang saya idamkan. Waktu pertama kali mengunjungi Hard Rock Cafe dan melihat memorabilia artis-artis lain di dinding, saya berangan dalam hati dan mahukan perkara sama.

“Meskipun penghargaan ini bukan dari negeri Johor tetapi kebetulan saya budak Johor dan penghargaan ini diberi di negeri kelahiranku!

“Eksklusif hanya di Hard Rock Desaru Coast Hotel Johor, tidak di tempat lain. Ini peninggalan saya untuk generasi rock & roll seterusnya,” ujarnya. – K! ONLINE

Kategori