Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

M. Daud Kilau Rindukan...

KUALA LUMPUR - Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau mengukir senyuman terharu...

Mangsa Banjir Di Kota...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu menurun kepada 2,750 orang...

“Saya Malulah RUU Levi...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim...

Masjid Melayu Lebuh Acheh...

GEORGETOWN - Masjid Melayu Lebuh Acheh, sebuah masjid berusia 207 tahun yang menjadi...

Kos Mengerjakan Haji Masih Kekal RM9,980

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama bagi musim ini meskipun berdepan cabaran kewangan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, beliau memberi jaminan pengekalan subsidi jemaah berkenaan tidak akan menjejaskan pembayaran hibah.

Mujahid berkata, sehubungan itu bayaran bagi mengerjakan haji kali pertama bagi golongan jemaah itu masih kekal RM9,980 seorang.

“Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Tabung Haji berusaha menanggung subsidi lebih daripada RM306 juta, ia susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji lalu,” katanya pada sidang akhbar di Menara Tabung Haji di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini Tabung Haji telah menangung subisidi melebihi RM1 billion bagi menampung jemaah haji mengerjakan ibadat tersebut.

Mengulas mengenai kuota haji bagi musim ini, beliau berkata, berdasarkan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi, kuota haji adalah kekal pada 30,900 seperti tahun lalu.


“Memang kami ada berbincang untuk menambah kuota berdasarkan 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara ini iaitu 31,300, tetapi terdapat beberapa kekangan di pihak kerajaan Arab Saudi membuatkan kuota itu tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Berkenaan dengan rayuan haji, Mujahid berkata, ia akan berjalan seperti biasa, namun sebarang keputusan akan mengambil prinsip istito’ah (berkemampuan) dalam pertimbangan meluluskan rayuan tersebut. – BERNAMA

Kategori