Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Popular Di China Faktor...

PENYANYI popular Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah secara...

GRS Tolak Tuduhan Isytihar...

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa gabungan itu...

VIDEO: Pelanggan Mengamuk Tak...

Rasanya ramai dah tahu kisah kekecewaan pelanggan Petronas gara-gara kes buat kempen untuk...

Tun Dr Mahathir Puji...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji...

Koroner Tolak Jawatankuasa Kuil Sertai Inkues Adib

SHAH ALAM – Permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman dan 50 penganut hindu menyertai inkues kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim ditolak Mahkamah Koroner hari ini.

Hakim Koroner, Rofiah Mohamad memutuskan demikian selepas mendapati kedua-dua pihak tidak mempunyai kepentingan nyata, substansif dan munasabah.

“Selaku Koroner saya tidak boleh keluar daripada sempadan yang digariskan iaitu Seksyen 337 Kanun Tatacara Jenayah.

“Malah, berdasarkan terma dan identiti peranan jawatankuasa kuil yang ditubuhkan selepas berlaku kes tersebut agak tersasar daripada rujukan.

“Begitu juga dengan sebahagian penganut Hindu yang tidak diketahui identitinya dan tidak menunjukkan kepentingan untuk turut serta dalam inkues,” katanya dalam prosiding pengurusan inkues di sini hari ini.

Jawatankuasa kuil itu diwakili peguam M. Visvanathan dan R. Karnan manakala peguam Siti Zabedah Kassim pula mewakili 50 penganut Hindu.

Bagaimanapun, Rofiah membenarkan Majlis Peguam yang diwakili Roger Chan Weng Keng dan Cyrus Tiu Foo Woei sebagai peguam pemerhati.

Berdasarkan prosiding pengurusan kes sebelum ini, Mahkamah Koroner Shah Alam hanya membenarkan tiga pihak berkepentingan iaitu mewakili keluarga Muhammad Adib, wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Manakala, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dibenarkan sebagai pemerhati diwakili peguam Mansoor Saat.

Prosiding inkues itu akan berlangsung dalam empat sesi selama 44 hari bermula 11 Februari hingga 12 April depan.

Dalam kejadian pada 27 November lalu, Muhammad Adib kritikal selepas didakwa dibelasah sekumpulan perusuh ketika tiba di kawasan kuil Sri Maha Mariamman, Seafields, Subang Jaya bagi memadamkan satu kebakaran kereta.

Selepas 21 hari dirawat, Muhammad Adib meninggal dunia 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur akibat kecederaan dalam dialaminya. – K! ONLINE

Kategori