Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Sisa Petrol Pada Sampel...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu tiga daripada empat...

Tanggungjawab PM Terhadap Semua...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertanggungjawabkan terhadap semua jabatan kerajaan Persekutuan...

Piala Malaysia 2017: Kedah...

SHAH ALAM - Juara bertahan, Kedah mengharapkan tuah beraksi di Stadium Shah Alam...

Singapura ‘Enggan’ Haram 2...

SINGAPURA - Produk kecantikan Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening...

Korban Tsunami Selat Sunda Terus Meningkat

JAKARTA – Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian tsunami di Selat Sunda terus meningkat kepada 281 orang.

Berdasarkan data sementara yang dikeluarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), setakat tengahari ini, sebanyak 281 orang meninggal dunia, 1,016 orang cedera dan 57 orang dilaporkan hilang.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB Sutopo Purwo Nugroho berkata seramai 11,687 orang penduduk di kawasan terbabit juga ditempatkan di pusat pusat pemindahan sementara.

“Jumlah mangsa terkorban dan kerosakan harta benda dikhuatiri terus meningkat berikutan pasukan mencari dan menyelamat kini mula memasuki kawasan kawasan yang terjejas teruk akibat tsunami itu,” katanya.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan berkata tsunami yang berlaku jam 9.27 malam sabtu itu disebabkan berlakunya gelombang kuat di perairan Selat Sunda dan berlakunya letusan di Gunung Anak Krakatau.

BMKG masih melakukan penyelidikan terperinci sebab berlakunya tsunami itu. Tsunami itu berlaku akibat pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan gunung Anak Krakatau dan berlaku gombang air pasang serta gelombang kuat dan kombinasi itu menyebabkan berlakunya tsunami secara tiba tiba. –BERNAMA

Kategori