Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penyampai Era, Ira Mohd...

PENYAMPAI radio ERA fm,  Ira Mohd Amin yang memulakan langkah baru dalam hidup...

Shalma Ainaa, Anak MP...

BEKAS hos program hiburan HLive, Shalma Ainaa selamat diijabkabulkan dengan anak Ahli Parlimen...

MP Gesa PAC Siasat...

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu mempertimbangkan...

Rosmah Dijangka Didakwa Esok

PUTRAJAYA - Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka dihadapkan ke...

Korban Tsunami Meningkat Kepada 280 Orang

LABUAN, Indonesia – Angka kematian akibat bencana tsunami di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 280 orang, selepas pasukan penyelamat menemui lebih banyak mangsa ketika operasi mencari menggunakan jentera berat.

Lebih 3,000 penduduk yang tinggal di pesisiran pantai turut meninggalkan kediaman masing-masing dan mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi, apabila amaran ombak besar dikeluarkan hingga esok.

Ratusan lagi penduduk dilaporkan cedera atau hilang, ketika tsunami melanda kawasan di sepanjang Selat Sunda, pada Sabtu lalu.

Pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan kini bertumpu di Pandeglang, iaitu kawasan yang paling teruk dilanda tsunami itu.

Pegawai agensi pengurusan bencana di wilayah Banten yang dikenali sebagai Jhony mengesahkan kepada wartawan bahawa jumlah mangsa terkorban meningkat kepada 280 orang dan sebahagian besar adalah pelancong tempatan.

Komander tentera daerah, Dudi Dwiriadi, berkata anggota tentera dan sukarelawan sudah diarah untuk memeriksa kawasan pantai sepanjang 100 kilometer untuk mencari serta menyelamatkan mangsa.


Sementara itu, kebanyakan jalan ke lokasi kejadian masih terputus akibat kesesakan atau ditimbuni serpihan yang dibawa tsunami.

Presiden Indonesia, Joko Widodo yang bertanding dalam pilihan raya umum pada April ini, dijadualkan mengunjungi kawasan bencana, hari ini. – Reuters/BH ONLINE

Kategori