Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Lancar Program...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan melancarkan pemberian...

2 Sahabat Cedera Parah...

KUALA KURAU - Dua sahabat yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja cedera...

Badan Penyiasatan Bebas Siasat...

KUALA LUMPUR – Sebuah Badan Penyiasatan Bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu gangguan seksual...

“Kita Dinilai Atas Keputusan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai...

Korban Serangan Di Gaza Meningkat 212 Orang

KUALA LUMPUR – Angka korban rakyat Palestin akibat serangan agresif pengeboman oleh tentera zionis Israel di Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 212 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri Kamarulzaman yang berkongsi maklumat terkini itu pada 2.37 pagi hari ini (waktu Malaysia), berkata mangsa maut termasuk 61 kanak-kanak dan 36 wanita.

Beliau berkata, data menerusi Kementerian Kesihatan Palestin juga menunjukkan mangsa cedera turut meningkat kepada 1,400 orang.

“Pengeboman dan serangan paling kuat berlaku menerusi udara dan laut. Serangan zionis dari darat adalah tembakan mortar dan tembakan dari kereta kebal dari luar sempadan Gaza.

“Sehingga kini tiada tentera zionis yang menceroboh masuk ke Gaza menerusi darat untuk melakukan serangan dalam tanah Palestin.

“Dijangkakan dalam masa terdekat ini pihak zionis tidak akan masuk ke bumi Gaza, maksudnya tidak ada serangan menerusi darat, kecuali serangan mortar dan tembakan kereta kebal dari jarak jauh luar sempadan Gaza,” katanya.

Buat masa ini, katanya, serangan di sempadan darat agak berkurangan berbanding serangan udara yang mensasarkan tengah bandar Gaza khususnya infrastruktur, binaan bawah tanah, sistem perpaipan serta fasiliti lain.

Menurutnya, serangan zionis berlaku sepanjang masa tanpa waktu tertentu, boleh terjadi pagi, petang dan malam.

“Serangan boleh terjadi bila-bila masa sahaja tanpa sebarang amaran,” katanya.

Nadir berkata, terlalu awal untuk menyatakan bahawa tindak balas Palestin terhadap serangan Israel sebagai gerakan kebangkitan intifada.


“Memang benar ada kebangkitan tetapi masih belum menyeluruh. Kedua, ia tidak berterusan atau maksudnya ada waktu tertentu naik dan waktu lain tenggelam.

“Selain itu, sebenarnya jumlah kebangkitan masih lagi kecil untuk kita gelar sebagai intifada. Jika kebangkitan semakin besar, menyeluruh serta kesannya besar kepada musuh maka barulah ia akan digelar sebagai intifada,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi rakyat Palestin dengan ugutan Israel untuk melakukan pembunuhan pemimpin Hamas di luar negara seperti Iran, Turki, Qatar dan Malaysia,

Nadir berkata, sokongan rakyat Palestin yang membantu mereka selama ini adalah sangat jelas.

“Kepada rakyat Malaysia, walaupun secara on the ground Palestin memang tidak boleh melakukan apa-apa dari segi moralnya bersama-sama dengan Malaysia.

“Jika rakyat Palestin ada peluang, pastinya mempertahankan Malaysia dengan batang tubuh mereka sebagaimana mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

“Ini adalah jelas memandangkan mereka sangat mengenal hati budi orang Malaysia dan bagaimana orang Malaysia sedang membantu mereka di bumi Gaza ini tanpa mengharapkan balasan dari rakyat Palestin,” katanya. – myMetro Online

Kategori