Korban Letusan Gunung Berapi New Zealand Meningkat 5 Orang

WELLINGTON – Sekurang-kurangnya lima orang maut, sehingga 20 orang cedera dan beberapa mangsa hilang akibat letusan gunung berapi mengejut di pesisir timur North Island, New Zealand, hari ini.

Lebih banyak mangsa dikhuatiri di White Island di mana gunung berapi itu meletus pada kira-kira jam 2.11 petang waktu tempatan, menurut polis.

Seramai 23 orang ada yang dipercayai pelancong dari kapal persiaran Ovation of the Seas diselamatkan, katanya sambil menambah beberapa mangsa lain masih berada di pulau itu.

Kira-kira 50 orang dikhuatiri berapa berhampiran dan ramai juga berada berhampiran lingkaran kawah gunung berapi terbabit, beberapa minit sebelum letusan. – Agensi

Loading...