Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syor Ubah Jadual SPM,...

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan (KPM) diminta mengkaji semula jadual peperiksaan Sijil Pelajaran...

Gaduh Di Stesen Minyak:...

PIHAK polis akan menyiasat insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan wanita dan pemandu teksi di...

Setuju Tubuh Mahkamah Sesyen...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan bermula...

Kes Adib: Jawatankuasa Khas...

KUALA LUMPUR : Nota berdasarkan Laporan Interim Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham...

Korban Koronavirus Meningkat 812 Orang

BEIJING – Jumlah kematian akibat wabak novel koronavirus di China terus menunjukkan peningkatan dengan 812 kes dilaporkan, memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) pada Sabtu lapor agensi berita Anadolu.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 37,198 kes disahkan dan 89 orang meninggal dunia manakala lebih 2,600 kes baharu.

Jumlah mereka yang diletakkan di bawah pemerhatian perubatan meningkat kepada 188,183 dan yang dijangkiti berjumlah 28,942.

Di Hong Kong pula seramai 26 orang disahkan dijangkiti virus maut itu manakala di Macau sepuluh orang.

Koronavirus yang mula dikesan di bandar raya Wuhan dikatakan merebak kepada manusia daripada haiwan terutama kelawar.


Selain China, virus itu telah merebak ke lebih 20 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Perancis, Rusia, Sepanyol dan India.

Banyak negara telah membawa pulang warganya yang berada di Wuhan -dan kawasan lain di China yang terjejas, dan mengasingkan mereka.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengisytiharkan darurat kecemasan global.

Kategori