Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sebanyak 117 ‘Ah Long’...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 117 ‘Ah Long’ diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana...

Bangunan Kekal KSCIP Bakal...

PEKAN - Bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) bakal dibina di...

1 Hari Menjelang GST,...

Tahukah anda, pada hari ini, hampir 90 peratus penduduk muka bumi hidup dalam...

Haziq Kini Bebas Ke...

KUALA LUMPUR - Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Korban Ke-20 COVID-19 Selamat Dikebumikan

KOTA BHARU – Jenazah korban ke-20 COVID-19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Manok, Pasir Puteh jam 11 malam tadi.

Jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan berkenaan jam 9 malam dengan diiringi petugas kesihatan yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Pengebumian Yunus Udin, 76, dikendalikan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu Unit HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Bharu dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kawasan tanah perkuburan itu dikawal rapi bagi memastikan orang ramai tidak menghampiri kawasan berkenaan sehingga proses pengebumian selesai

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-20 COVID-19, membabitkan seorang lelaki berusia 76 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Seri Petaling.


Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada 18 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 4.35 petang semalam.

Kes berkenaan menjadikan kematian kedua di Kelatan. – BH Online

Kategori