Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Pengunjung Pusat Beli-Belah Teruja...

ALASKA - Seekor rusa Alaska (Moose) betina melahirkan anak di parkir sebuah pusat...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di...

Isu RM2.6 Billion Selesai...

PETALING JAYA - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu RM2.6 bilion yang...

Gambar Konsol Permainan Google...

SELAIN khabar angin mengenai Sony PlayStation 5 (PS5) yang bakal diperkenal tidak lama...

Konsert Salman Khan Di Malaysia Ditangguh Ke Julai

KONSERT ‘Da-Bang The Tour – Live in Malaysia’ yang dijadualkan bakal berlangsung pada Jumaat ini (14 April), di Pusat Konvensyen Pameran & Antarabangsa Mines, Selangor ditangguhkan sehingga tarikh baharu yang bakal dimaklumkan nanti.

Memetik laporan Malaysian Digest, konsert yang menampilkan bintang Bollywood terkenal Salman Khan, Bipasha Basu and Badshaah, ditunda ekoran masalah ‘yang tidak dapat dielakkan’ dan di luar jangkaan.

Bagaimanapun, peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert tersebut akan dijadualkan semula pada Julai depan.

Tarikh rasmi konsert itu akan dimaklumkan selepas mendapat pengesahan artis yang terlibat.

Konsert ini sepatutnya berlangsung selama tiga jam dengan menampilkan lebih 40 lagu dan tarian serta beberapa kejutan.

Antara bintang lain yang turut terlibat ialah Tamanaah, Manish Paul dan Daisy Shah,


Harga tiket paling mahal ialah pakej ‘Sultan’ bernilai RM2,222. Difahamkan pakej ini paling laris terjual dan dibeli oleh peminat pelbagai negara di Asia.

Untuk makluman lanjut, pemegang tiket boleh emel kepada [email protected]. – MYNEWSHUB.CC

Kategori