Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemerkasaan Ekonomi Anak Muda...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO akan mengusulkan agenda pemerkasaan ekonomi khusus untuk...

TPM Sifatkan Pilihan Raya...

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan...

LPF Luluskan Tayangan Filem...

KUALA LUMPUR - Lembaga Penapisan Filem (LPF) akhirnya meluluskan penayangan filem Beauty and...

“Telinga Saya Berdengung Masa...

SUSULAN insiden Imam II Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim, yang ditampar ketika solat Jumaat...

Konsert K-Pop Di Pyongyang, Jong-Un ‘Turun Padang’

HAMPIR 70 tahun ‘perang dingin’, akhirnya Isnin lalu pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un dan isterinya telah menyaksikan sendiri persembahan daripada artis K-pop dari Korea Selatan bersempena konsert bertemakan Musim Bunga Menjelma

Jong-un kelihatan memberikan tepukan yang gemuruh ketika persembahan sedang berlangsung.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah berjumpa dengan kesemua artis dan pemuzik di belakang pentas bagi mengabadikan kenangan mereka di dalam sekeping foto.

Lebih daripada 11 orang selebriti K-pop dari Korea Selatan telah terlibat dalam konsert bertemakan  ‘musim bunga akan datang’ dekat Pyongyang itu.

Sebelum ini, Jong-un telah menolak sama sekali sebarang bentuk hiburan dari negara jirannya itu.

Bagaimanapun, menurut agensi rasmi Korea Selatan, Yonhap memberitahu bahawa Jong-un merupakan pemimpin pertama yang telah menghadiri pertunjukan kelompok artis dari Korea Selatan.

“Jong-un juga dilihat me­nun­jukkan minat terhadap per­sembahan itu dan bertanyakan soalan tentang lagu dan lirik,” kata Menteri Kebudayaan Korea Selatan, Do Jong-hwan kepada Reuters.


Selain itu, persembahan kebudayaan itu merupakan acara merentas sempadan antara Pyongyang dan Seoul menjelang sidang kemuncak antara dua negara di Semenanjung Korea pada bulan hadapan.

Antara selebriti K-pop yang turut terlibat ialah Red Velvet, Seohyun, Baek Ji Young, ALi, Cho Yong Pil dan ramai lagi.

“Persembahan di Pyongyang akan memperkukuh jalinan kerjasama dua negara Korea yang terjalin sejak Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang,” tambah Jong-hwan.

Jong-un juga bakal berjumpa dengan pegawai kanan Korea Utara bagi membincangkan lagi mengenai isu kerjasama dan pertukaran sukan serta kebudayaan antara Pyongyang dan Seoul.

Konsert berkenaan telah pun berakhir pada 3 April lalu dekat Teater Utara Pyongyang Timur. -MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori