Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DUN Kedah Secara Rasmi...

ALOR SETAR - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi penggal ke-14 secara rasminya...

Kenyataan Muhyiddin Ini Merujuk...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan Tun Dr Mahathir...

“Tinggalkan PAS, Tinggallah PAS”...

KUALA LUMPUR - PAS tidak takut jika ada ahli yang mahu meninggalkan parti...

Khairul Fahmi Belum Fikirkan...

KOTA BHARU - Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat belum memikirkan tawaran...

Konsert Helloween Julung Kali Pada 28 April Ini

DEMAM kehangatan Pilihan Raya (PRU) ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei depan tidak halang kumpulan power metal dari Hamburg, Jerman, Helloween mengadakan konsert yang pertama mereka di negara ini pada 28 April ini.

Menariknya, konsert anjuran RSVP Media yang dikenali sebagai Pumkins United World Tour 2017-2018 itu menggabungkan sebilangan besar bekas anggota-anggota asal Helloween dan Gamma Ray yang popular pada awal era tahun 1980-an.

Menurut wakil pihak penganjur, Shamsul Kamal Othman, konsert itu pula merupakan yang pertama dan mungkin yang terakhir buat Pumpkins United kerana agak sukar untuk menggabungkan tujuh anggotanya di atas satu pentas yang sama.

“Sehingga ke hari ini, Malaysia masih lagi menjadi satu-satunya destinasi Helloween bersama Pumpkins United mengadakan konsert di rantau ini. Dijangka ramai peminat dari Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyaksikan konsert itu nanti.

“Rugi kalau para peminat tidak menyaksikan konsert ini kerana bak kata orang duit boleh dicari tetapi pengalaman seperti ini jarang muncul dan ia tidak dijual di kedai. Jadilah sebahagian daripada sejarah itu,” katanya kepada MyNewsHub.

Para peminat tempatan juga katanya bertuah kerana Malaysia menjadi satu-satunya destinasi pilihan kumpulan power metal terkemuka itu mengadakan konsert yang diberi nama Pumkins United World Tour 2017-2018 di rantau Asia Tenggara.

Konsert yang akan diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur,pukul 8.30 malam itu merupakan konsert pertama kumpulan berasal dari Jerman itu di sini yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh para peminat mereka sejak lebih tiga dekad lalu.

RSVP Media selaku penganjur utama konsert itu menyifatkan ia juga sebagai satu sejarah apabila Pumkins United yang kini sedang dalam rangka siri konsert jelajah dunia menemui para peminat mereka secara eksklusif di negara ini.

Konsert Pumpkins United World Tour 2018 Live In Malaysia itu yang dianjurkan bersama Malaysia Autoshow itu dijangka mampu memuaskan hati para peminat mereka dalam persembahan yang akan diadakan selama dua jam tanpa henti.


Pumkins United akan menggabungkan anggota-anggota asal Helloween iaitu Weikath, Kiske, Hansen, Grosskopf dan turut di bantu Andi dan Michi selaku vokalis, Kai Weiki serta Sascha selaku gitaris dan Markus selaku bassis, manakala Dani pula bertindak selaku pemain dram.

Kali terakhir Helloween berkunjung ke rantau Asia Tenggara adalah pada konsert sulung mereka di Fort Canning, Singapura pada 24 Februari 2008 yang disaksikan hampir 5,000 peminat setia mereka yang juga datangnya dari rantau ini.

Kumpulan yang pada mulanya dikenali sebagai Gentry, Second Hell dan Iron Fist itu telah mengadakan ribuan konsert di seluruh dunia sejak ditubuhkan yang mana mereka sezaman dengan kumpulan legenda dari Jerman yang lain seperti Destruction, Kreator dan Tankard.

Sebelum mengadakan konsert di Malaysia, Helloween akan akan mengadakan persembahan mereka di Jepun, Rusia dan Ukraine selain turut diadakan di negara-negara seperti Itali, Sweden, Norway, Finland dan beberapa buah lagi negara.

Helloween mula tampil dengan album pertama yang telah diterbitkan pada tahun 1985 bertajuk Walls Of Jericho selain beberapa buah album lain termasuk Keeper Of The Seven Keys Part 1, Pink Bubbles Go Ape, Chameleon, Master of the Rings, The Time of the Oathdan Better Than Raw.

Para peminat boleh mendapatkan tiket yang telah pun dan ia berharga antara RM195 hingga RM800 (pembelian awal sehingga 18 Mac yang lalu), manakala RM295 sehingga RM900 iaitu selepas promosi pembelian awal itu berakhir.

Sebarang pertanyaan berhubung pembelian tiket dan konsert tersebut, sila hubungi 03-78807999 atau layari www.ticketpro.com.my atau www.soundvalleyfestival.com – MYNEWSHUB.CC

Kategori