Konsep E-Bazar Guna E-Hailing Saja Dibenarkan

KUALA LUMPUR – Kabinet meluluskan penganjuran e-bazar menerusi pesanan yang dibuat dalam talian dan dihantar menggunakan kemudahan e-hailing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dua lagi konsep e-bazar, iaitu pandu lalu dan ambil pesanan yang ditempah di gerai belum diluluskan serta masih diperhalusi.

“Dua lagi konsep ini, Kabinet meminta terus diperhalusi kerana kebimbangan kita jumlah kenderaan yang terbabit apabila konsep pandu lalu diperkenalkan, saya percaya akan ramai keluar serentak,” katanya pada sidang medianya, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata, dua lagi konsep itu didapati menyukarkan pihak polis dalam melakukan kawalan lalu lintas, selain membuka ruang kepada orang ramai memberi alasan mudah untuk keluar.

“Alasan baharu untuk ambil produk yang dipesan ini akan menyukarkan polis. Lebih banyak alasan diberikan oleh mereka yang agak sukar patuh PKP.

“Setakat ini, kita setuju satu saja yang lain kita minta diperhalusi,” katanya. – BH Online

Loading...