Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Terengganu Mohon 400...

KUALA NERUS — Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu memohon 400...

Hawk 108: Kampung Yak...

KEMAMAN - Satu lokasi kira-kira dua kilometer dari tempat dua mayat juruterbang pesawat...

Guna Merpati Seludup Dadah...

SAN JOSE - Penjenayah di Costa Rica, sebuah negara ini di rantau Amerika...

Polis Tahan Lelaki Warga...

TAWAU – Polis menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 50 tahun yang dipercayai...

Kompleks Sukan Baharu RM9 Juta Di Terengganu

KUALA NERUS – Terengganu akan menerima sebuah lagi kompleks sukan baharu bernilai RM9 juta yang bakal dibina dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di Parlimen Setiu sebagai kemudahan untuk rakyat di sekitar kawasan berkenaan.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika berucap di majlis pelancaran program Fit Malaysia peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak di sini hari ini.

“Terengganu ini memang antara kuasa sukan utama di Malaysia….bidang sukannya sangat menyerlah, sangat hebat…Terengganu Molek Doh.

‘Jadi, saya datang ke Terengganu hari ini ada bawa ‘buah tangan’ yang diharap dapat melonjakkan lagi arena sukan Terengganu iaitu kompleks sukan baharu di DUN Jabi,” katanya disambut sorakan gemuruh lebih 25,000 peserta yang hadir di program itu.

Khairy berkata ia adalah kemudahan sukan yang ketiga untuk Terengganu selepas kompleks sukan di Telemong, Hulu Terengganu dan Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun yang diumumkan baru-baru ini.

“Melalui kemudahan-kemudahan sukan baharu ini, kita mahu lebih ramai atlet yang hebat di persada dunia dilahirkan Terengganu seperti Azizul Hasni, Fatehah Mustapa, Anuar Manan dan Harrif Salleh, selepas ini,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis perasmian, Khairy berkata kementerian akan mengeluarkan tender dalam masa terdekat.

“Saya harap dengan sumbangan ini dan kerjasama daripada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ahmad Razif, yang banyak membantu dalam bidang sukan, Terengganu akan terus muncul sebagai antara negeri yang hebat dalam arena sukan di Malaysia,” katanya.

Anggota Parlimen Rembau itu turut melahirkan rasa gembira berikutan penyertaan 25,000 rakyat Terengganu untuk acara larian dan kayuhan dalam Fit Malaysia hari ini adalah antara tertinggi dalam negara setakat ini.


“Tahun ini, kita akan adakan kajian impak Fit Malaysia selepas tiga tahun dibuat…kajian yang lebih mendalam ini untuk melihat sejauh mana keberkesanan program ini…sama ada gerakan Fit Malaysia ini telah berjaya mengubah gaya hidup dan tahap kesihatan rakyat Malaysia.

“Setakat ini, program Fit Malaysia sangat berjaya, setiap kali kita buat puluhan ribu rakyat yang keluar, cuma sama ada program ini dapat mengubah gaya hidup setiap rakyat Malaysia di peringkat harian,” katanya.

Ditanya sama ada gaya hidup aktif bersukan itu mampu menjadi budaya rakyat Malaysia memandangkan Malaysia masih menjadi ‘juara’ obesiti di Asia Tenggara, Khairy berkata ia masih dalam proses namun rakyat Terengganu dilihat sudah menjadikan gaya hidup aktif sebagai rutin mereka.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri sedang membuat persiapan untuk membina lebih banyak gimnasium rakyat di kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.

“Contohnya, Gimnasium Cikgu Razif sudah pun ada di Seberang Takir yang akan dibuka tidak lama lagi hasil tajaan beberapa pihak. Kita akan gunakan mekanisme yang sama untuk dapatkan tajaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri untuk menyumbang kepada usaha membuka gimnasium rakyat di mana-mana DUN.

“Insya-Allah, kita akan pastikan setiap DUN akan ada gimnasium…kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk menilai tahap kesihatan mereka yang datang ke gimnasium ini seperti merekodkan indeks jisim tubuh (BMI) mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori