Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

An Najwa ‘Senjata’ Pasukan...

RASA-RASANYA semua sudah sedia maklum akan kejayaan skuad bola jaring yang telah merangkul...

Tetak Tangan Anak Ketagih...

BENGANG kerana anak lelakinya yang berusia 18 tahun ketagih menonton video lucah di...

4 Sekeluarga Mati Ditembak...

BAYAN LEPAS - Empat sekeluarga mati ditembak di sebuah kilang pemprosesan ayam di...

Galak Peniaga Bazar Guna...

PARA peniaga bazar digalakkan menggunakan pembungkus makanan dan minuman daripada bahan mudah lupus...

Kompaun Sehingga RM350 Menanti Perokok Mulai Rabu

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan penuh kawasan larangan merokok dengan memperuntukkan kompaun RM250, termasuk di semua tempat makan akan dilaksanakan bermula 1 Januari ini.

Individu yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh satu bulan daripada tarikh izin kompaun diterima.

Perokok yang berdegil dan masih melakukan kesalahan pula tidak akan diberikan pengurangan kompaun, sebaliknya perlu menjelaskan bayaran penuh RM250, manakala kompaun RM350 menanti mereka yang mengulangi kesalahan kali ketiga serta seterusnya.

Menegaskan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata semua pemilik premis harus memastikan tempat makan mereka bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dengan tidak menyediakan kemudahan berkaitan seperti bekas abu dan perkhidmatan menjual shisha.

Pemilik premis turut dikehendaki memastikan tanda larangan merokok adalah mencukupi dan jelas dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di tempat makan, selaras Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Bagi tujuan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari ini, empunya premis boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 bagi kesalahan pertama dan kedua, manakala bagi kesalahan kali ketiga serta seterusnya, kompaun lebih tinggi iaitu RM350 akan diberikan.


“Kerjasama semua pihak, terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah amat diperlukan supaya pelaksanaan penguatkuasaan penuh PPKHT 2004 bermula 1 Januari ini berjalan lancar demi kesihatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Bagi golongan yang berhasrat untuk berhenti merokok, mereka dialu-alukan untuk mendapatkan nasihat di semua perkhidmatan berhenti merokok mQuit yang disediakan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara.

“Mereka juga boleh tampil di mana-mana kemudahan perkhidmatan berhenti merokok mQuit swasta yang diberikan akreditasi, selain mendapatkan maklumat dan berdaftar melalui laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my atau menghubungi talian 03-8883 4400 untuk maklumat lanjut.

“Semoga langkah-langkah yang diambil dapat membantu melahirkan generasi lebih sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok,” katanya.

Kategori