Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

‘Datuk’ Nak Bantah Kes...

KUALA LUMPUR - Polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa sebagai 'Datuk'...

Himpunan 812: Silakan Tetapi...

KEPALA BATAS - Peserta perhimpunan aman bagi ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen...

90,976 Pengguna Nikmati Subsidi...

IPOH - Kerajaan Perak telah memberikan subsidi air berjumlah RM8.35 juta kepada keseluruhan...

Isu Kamal Disingkir Daripada...

ENTAH mengapa, sejak kebelakangan ini tiba-tiba timbul khabar angin mendakwa pelakon Kamal Adli...

Komitmen Lain Halang Saya Hadiri Sesetengah Program

IPOH – Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hari ini menjelaskan komitmen yang banyak dalam usaha memajukan negeri antara faktor beliau tidak dapat memenuhi undangan pelbagai pihak untuk hadiri program yang dianjurkan mereka.

“Sekarang kita terlalu tergesa-gesa untuk membuat pelbagai program dalam usaha memajukan negeri, jadi saya ambil pendekatan untuk memberi fokus kepada tugasan terutama untuk bekerjasama dengan kementerian-kementerian di peringkat persekutuan.

“Ini untuk memastikan projek-projek pembangunan di Perak dapat diteruskan. Itu yang saya utamakan dan mungkin kerana itu ada program yang saya tidak dapat hadir,” katanya katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri Perak tahun 2018 di sini, hari ini.

Penganjuran majlis kali ketujuh itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Chenderiang serta Anggota Parlimen Tambun diminta mengulas keluhan pelbagai pihak susulan kegagalan beliau hadir ke beberapa program yang diadakan.

Menurut Ahmad Faizal banyak penganjur program mengumumkan lebih awal akan kehadirannya walaupun beliau belum memberikan persetujuan untuk berbuat demikian.

“Maka tanpa hendak kecilkan hati, saya menghantar wakil kerana tidak dapat pergi kerana memang tidak bagi persetujuan dan ada beberapa program yang terpaksa saya batalkan kerana ada perkara lebih penting,” katanya.


Ditanya mengenai tempoh dua penggal ditetapkan untuk seseorang menteri besar memegang jawatan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak itu berkata :” Saya sokong sepenuhnya, tidak ada masalah sepenggal atau dua penggal.”

Katanya menteri besar daripada PH bekerja sebagai satu pasukan, maka sesiapa yang menggantikan tampuk kepimpinan akan meneruskan dasar serta polisi demi kebaikan rakyat.

Menteri besar Perak itu mengulas pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan tempoh perkhidmatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri dihadkan kepada dua penggal.

Dr Mahathir berkata ia adalah langkah segera kerajaan untuk mereformasi sistem politik selain sebagai menghormati mandat diberikan rakyat untuk PH melakukan perubahan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – BERNAMA

Kategori