Komen Bekas Ratu Cantik Malaysia Cetus Kemarahan!

MUNGKIN Samantha Katie James, 25, mempunyai niat yang baik ketika memberikan komen mengenai keganasan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat (AS) berikutan kematian seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd.

Namun, baris ayat “You chose to be born as a ‘coloured’ person in America for a reason. To learn a certain lesson, yang diletakkan dalam status di media sosial miliknya dan ditujukan kepada masyarakat kulit hitam AS mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Dalam bahasa Melayu, apa yang Samantha cakap ialah ” anda memilih untuk lahir coloured”.

Coloured atau berwarna adalah istilah yang merujuk kepada kaum selain kulit putih di AS.

Ramai yang marah dengan berkata, tiada siapa yang boleh memilih warna kulit mereka.

” Ia adalah kejadian mengikut DNA dalam tubuh,” antara respon yang diberikan netizen barat.

Antara respon terhadap komen Bekas Ratu Cantik Malaysia

Ada juga yang berkata mungkin kenyataan itu kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah oleh Samantha, namun ia disanggah keras ramai netizen lain terutama yang pernah tinggal di Malaysia.

“Ia bukan masalah penguasaan bahasa ok, majoriti rakyat Malaysia mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang sangat baik,” kata netizen berkenaan.

Ada yang menambah kata Samantha bertutur dalam bahasa Inggeris sepanjang masa justeru mustahil apa yang ditulis di media sosialnya adalah akibat kesilapan bahasa.

AS kini sedang berdepan dengan rusuhan meluas di beberapa bandar utamanya selepas George Floyd mati akibat sesak nafas ketika cuba ditahan dengan kasar oleh empat anggota polis berkulit putih.

George memberitahu polis berkenaan berbelas kali dia tidak mampu bernafas, namun tidak diendahkan. – MYNEWSHUB

Loading...