Kombinasi Ayam Goreng Dan Donut Produk Baharu KFC

KENTUCKY – Ayam goreng KFC sedap sehingga menjilat jari. begitu juga donut.

Bagaimana rasanya jika dua makanan itu dikombinasikan.

Itu usaha baharu Francais makanan segera tersohor dunia KFC di Amerika Syarikat yang sedang menghasilkan sandwic filet ayam krispi, dengan adunan herba dan rempah bersama donut.

Kini produk itu masih belum dipasarkan secara meluas tetapi hanya disediakan di beberapa restoran KFC terpilih di AS.

Produk menu terbaharu itu dikatakan dalam proses percubaan mengkaji sambutan ramai.

Andai kata mendapat sambutan baik, menu itu boleh diperolehi di seluruh Amerika dan dijangkakan ke United Kingdom tidak lama kemudian.

Resepi terakhir sedang diuji maka KFC belum mengeluarkan maklumat kandungan nutrisi dalam produk tersebut.

Buat permulaan Sandwic Donut ayam goreng KFC itu akan dijual dengan harga USD$7.50 atau 6.01 pound atau secara ala carte di Amerika sahaja.

Pelanggan KFC juga boleh membeli donut secara berasingan dengan harga sedolar.

Menu berkenaan berkemungkinan akan dimasukkan dalam senarai produk KFC menjelang akhir tahun ini. – Agensi

Loading...