Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Khalid Samad Persoal Fatwa...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoalkan fatwa yang dikeluarkan...

Penulis Muda Harus Lebih...

PETALING JAYA - Para penulis muda tempatan diseru supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab...

Serah SUK Ambil Tindakan...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengambil...

Mangsa Lemas Minta Adik...

JOHOR BAHRU - Mohammad Affiq Afnan Abdul Razaaq Abu Bakar, kanak-kanak yang lemas...

Kolej Komuniti KS Manfaat Generasi Muda

KUALA SELANGOR – Anggota Parlimen Kuala Selangor menyambut baik penubuhan kolej komuniti di daerah itu dan berharap ia akan memberi peluang pendidikan yang lebih baik kepada generasi muda terutamanya di Selangor.

Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata penubuhan kolej itu juga membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan daerah itu dari segi aspek pembangunan pendidikan.

“Penubuhan kolej ini akan memberi manfaat khususnya kepada anak Kuala Selangor untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi terutamanya dalam bidang kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Dengan wujudnya pelbagai pusat pengajian di bawah Parlimen Kuala Selangor selain Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam yang sedia ada, anak-anak di sini tidak perlu lagi ke luar daerah untuk menyambung pengajian,” katanya selepas merasmikan Mini Karnival Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 4U di sini, hari ini.

Rabu lepas, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan kementeriannya telah meluluskan penubuhan lima kolej komuniti baharu di seluruh negara.

Selain di Kuala Selangor, kolej itu bakal dibina di Bachok, Kelantan; Keningau dan Tuaran, Sabah serta Dungun, Terengganu. – BERNAMA

Kategori