Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Majikan Tiada Hak Potong...

GEORGE TOWN - Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata majikan tiada hak...

Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan...

PUTRAJAYA - Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Solat...

Akaun Hasil Disatukan: Guan...

KUALA LUMPUR - Dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) cekap pengurusan kewangan kerana berjaya...

Kedai Snek The Golden...

KUALA LUMPUR: Pembekal kerepek kulit ikan dan hirisan kentang yang disalut dengan kuning...

Kluster Tawar, PUI Sivagangga Dipercayai Sumber Sama

PENULARAN jangkitan Covid-19 dalam Kluster Tawar di Kedah dan Kluster PUI Sivagangga dipercayai daripada sumber sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 14 sampel daripada Kluster Tawar diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Kita sudah menerima laporan kajian bagi empat daripada sampel berkenaan dan mendapati virus mempunyai mutasi D614G.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pesakit mana mempunyai kaitan dengan Kluster PUI Sivagangga,” katanya dalam sidang media Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, empat sampel Kluster Tawar itu dibandingkan dengan tiga sampel daripada Kluster PUI Sivagangga.


Menurutnya, hasilnya menunjukkan ketujuh-tujuh virus itu daripada kumpulan sama.

“Tindakan kesihatan awam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat berjaya apabila tiada kes baharu direkodkan daripada Kluster PUI Sivagangga dalam tempoh 16 hari.

“Justeru, kaedah sama akan digunakan bagi Kluster Tawar bagi mengawal penularan wabak berkenaan,” katanya. – myMetro Online

Kategori