Kluster Baharu Babitkan Warga Asing

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebahagian Orang Kena Tahan (OKT) ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil yang positif Covid-19 sudah dihantar pulang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM dimaklumkan individu terbabit menjalani ujian saringan Covid-19 di negara asal mereka dan menerima maklumat itu daripada Jawatankuasa Pengawalseliaan Kesihatan Antarabangsa.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat terperinci.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kita masih jalankan siasatan, OKT itu ditahan sebelum PKP yang bermula pada 18 Mac lalu.

“Ada yang dihantar pulang dan dimaklumkan apabila ujian dilaksanakan di negara dihantar pulang, keputusannya positif.

“Apa yang kita laksanakan adalah saring semua di Blok A dan keseluruhannya, 35 kes positif setakat semalam.

“Mereka yang positif telah pun kita asingkan dan beri rawatan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di KKM, Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ujian saringan sedang dijalankan terhadap kontak rapat pesakit selain mengarahkan mereka menjalani kuarantin.

KKM hari ini memaklumkan pihaknya mengesan satu lagi kluster baharu di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil membabitkan 35 kes positif Covid-19.

Kesemua yang dikesan positif adalah warga asing yang ditempatkan di depot tahanan itu.

Bagaimanapun punca jangkitan berkenaan masih dalam siasatan.

Loading...