Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes Bayi Diculik: Bapa...

KELUARGA bayi perempuan yang dilarikan dari Hospital Tanah Merah (HTM) akan mengambil tindakan...

42 Premis Makanan Diarah...

SHAH ALAM: Tindakan 42 premis makanan yang mempunyai urungan lipas, lalat dan tikus...

Tsai Ing-wen Jadi Presiden...

TAIPEI - Calon parti pembangkang utama Taiwan, Tsai Ing-wen bakal menjadi Presiden wanita...

Remaja Wanita Dituduh Membunuh...

MUAR - Seorang remaja wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini,...

Klip Lagu Sufian Pecah Rekod 50 Juta Tontonan

TAHNIAH… Lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi berjaya memecahkan rekod lagu artis Malaysia apabila mampu meraih tontonan tertinggi menerusi laman YouTube sebanyak 50 juta.

Dimuat naik pada 22 Mac tahun lalu, sehingga jam 11 pagi tadi, lagu berkenaan meraih 50,117,369 tontonan.

Jika sebelum ini rekod itu pernah dipegang oleh lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino yang sekadar meraih 40.9 juta tontonan.

Tidak hanya terpilih ke pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33, Di Matamu turut menjadi pilihan penonton melalui YouTube.

Di Matamu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen antara 12 lagu yang akan bersaing di pentas akhir AJL 33 pada 3 Februari depan.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya, Sufian berkata, dia mengucapkan 50 juta terima kasih kepada semua pendengar lagu Di Matamu sehingga berjaya memecahkan rekod yang di pegang Aiman Tino sebelum ini.

“Saya mohon kepada peminat untuk mendoakan supaya diberikan kesihatan yang baik dan dapat membuat persembahan seperti yang dirancang pada AJL nanti,” katanya.


“Single ini menjadi antara yang terus mengangkat nama saya di pentas seni. Bagi saya, kejayaan ini satu fenomena dan pencapaian peribadi buat saya,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, lagu Di Matamu dilancarkan selepas Sufian putus tunang dengan pelakon Elfira Loy pada 18 Februari tahun lalu. Sufian mengaku, single berkisar cinta tidak kesampaian itu beri kesan besar dalam kerjaya seninya.

“Banyak cerita yang berkait dengan saya menerusi lagu ini. Lagu ini juga membawa saya ke Indonesia hingga merakamkannya secara duet bersama Shima Band dengan judul Di Matamu 2.0,” katanya.

Selepas itu, muzik video lagu tersebut turut dilancarkan pada tarikh 23 Mac yang sepatutnya menjadi hari pernikahan mereka berdua. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori