Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

3 PPS Dibuka Di...

Kota Kinabalu : Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pitas bagi menempatkan...

Warga Emas, Ibu Tunggal...

JOHOR BAHRU - Kalangan warga emas dan ibu tunggal yang menerima Bantuan Rakyat...

IMAM Hantar Dua Tan...

SEPANG - Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam) hari ini menghantar sebanyak dua tan...

Nelayan Hilang Ketika Tangkap...

JOHOR BAHRU - Seorang nelayan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika...

Klip Audio: Najib, Rosmah Beri Keterangan Masa Terdekat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan susulan pendedahan klip audio oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum hujung bulan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya akan memanggil kedua-dua mereka dalam masa terdekat namun tidak dapat memastikan tarikh sebenar kehadiran mereka.

“Kita akan merakamkan keterangan mereka nanti untuk membantu siasatan. Kita akan maklumkan nanti apabila mereka dipanggil untuk direkodkan keterangan,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan polis sedang mendapatkan tarikh sesuai bagi membolehkan bekas perdana menteri itu dan isterinya datang ke Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Rakaman percakapan itu akan dilakukan di Bukit Aman mengikut prosedur operasi standard (SOP) biasa, walaupun ada pihak mencadangkan ia dibuat di kediaman Najib bagi mempercepatkan proses siasatan.

Setakat ini, polis dilaporkan sudah merakam percakapan 12 daripada 20 individu yang disebut dalam sembilan set rakaman audio berdurasi 45 minit yang didedahkan SPRM.


Antara individu terbabit adalah bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh; bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada 15 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, memberi keterangan hampir empat jam kepada polis berkaitan rakaman audio berkenaan.

Pada 8 Januari lalu pula, SPRM mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib, Rosmah dan Abdul Azeez, sama ada terbabit dalam perbualan atau nama mereka disebut dalam perbualan berhubung skandal 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd. (SRC).

Senarai itu yang turut membabitkan beberapa tokoh kenamaan asing, diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan 45 minit diperdengarkan SPRM pada satu sidang media. – BH Online

Kategori