Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesta ‘Ikan Temenung’ Di...

ALOR SETAR - Pasar nelayan Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah hari ini...

Tian Chua Bertanggungjawab Pertemuan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Tertekan Dikait Dengan Elfira,...

MASIH ingat dengan usahawan muda, Asyraf Mazlan yang pernah dikaitkan 'bercinta' dengan pelakon...

Gementar Tunggu Hari Bahagia,...

TEKA-TEKI mengenai tarikh pernikahan pelakon, Dynas Mokhtar akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan bakal...

Klia2 Disahkan Bebas Toksik Bunuh Kim Jong-nam

SEPANG – Terminal penerbangan tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) di sini diisytiharkan sebagai selamat selepas pemeriksaan rapi dilakukan pada pagi Ahad.

Ia susulan pendedahan mengejutkan oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia pada Jumaat lalu yang mengesahkan Kim Jong-nam mati akibat penggunaan bahan toksik berbahaya kepada tubuh manusia di premis itu baru-baru ini.

Stesen penyiaran Channel NewsAsia milik pemerintah Singapura melaporkan sepasukan anggota pasukan khas dalam sut hazmat melakukan pemeriksaan di seluruh terminal Klia2 itu sehingga jam 1 pagi pada Ahad.

Operasi tersebut dilakukan ekoran insiden pembunuhan Jong-nam yang turut menggemparkan dunia hampir dua minggu dengan mangsa dibunuh akibat diserkup sejenis kimia bahaya dilarang antarabangsa iaitu agen saraf VX.

Klia2 Disahkan Bebas Toksik Bunuh Kim Jong-nam

Dua wanita masing-masing dari Vietnam dan Indonesia dilihat jelas berjaya menekup sesuatu pada muka mendiang menerusi satu rakaman kamera litar tertutup Klia2 yang dibocorkan eksklusif oleh stesen Fuji TV dari Jepun.

Abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, yang berusia 45 tahun itu, kemudian mengalami serangan sesak nafas secara mengejut di sebuah klinik di Klia2 dan meninggal dunia sebelum tiba di hospital Putrajaya.

Pada Ahad, beberapa anggota dilengkapi dengan pelitup dan perkakasan pengesanan khusus yang dibawa ke Klia2, turut dibantu oleh pakar-pakar forensik dan pihak berkuasa dari Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia.


Sebahagian besar dewan perlepasan tersebut dikepung dengan pita polis ketika pasukan itu bersedia melakukan pemeriksaan selama 75 minit untuk mengesan toksin yang sangat bahaya itu, sambil diperhatikan orang ramai.

Klia2 Disahkan Bebas Toksik Bunuh Kim Jong-nam

Pihak berkuasa dilaporkan berkata bahawa dua tandas wanita dan beberapa kawasan yang dianggap sebagai relevan untuk terdedah di terminal tersebut termasuk klinik tempat Jong-nam mengadu sakit, turut diperiksa pasukan itu.

Bercakap di Klia2, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata bahawa hasil dapatan oleh pihak Jabatan Kimia mengesahkan bedah siasat hospital tersebut menunjukkan ada satu “agen kimia” yang ditemui.

Bahan berbahaya yang dirujuk sebagai VX itu menyebabkan “kelumpuhan” terhadap tubuh badan sekali gus turut membawa kepada kematian “dalam masa sangat singkat” kepada mangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori