Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Inkues EIMARace: Penganjur Gagal...

KUANTAN - Mahkamah Koroner di sini hari ini, diberitahu bahawa penganjur Perlumbaan Automatif...

Thailand Destinasi Kelima Larian...

KUALA LUMPUR - Larian Baton Bangkit Bersama yang diadakan sempena Sukan SEA ke-29...

5 Wanita Cedera Disimbah...

SEKURANG-KURANGNYA lima wanita cedera akibat perbuatan individu tidak dikenali yang menyimbah bahan kimia...

Lubang Tembok Jadi ‘Rumah’...

SEORANG lelaki warga Afrika Selatan dari bandar King William’s di Eastern Cape, menjadikan...

KKMM, JSJK Pertimbang Wujud Jawatankuasa Kerja Perangi Jenayah Siber

CYBERJAYA — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mempertimbang mewujudkan jawatankuasa kerja berkaitan mempercepatkan perkongsian maklumat dan maklum balas kepada orang ramai jika ada elemen penipuan siber.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata jawatankuasa itu, yang dianggotai wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), institusi kewangan, syarikat telekomunikasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dimuktamadkan akhir bulan ini.

“Langkah ini bagi memerangi jenayah siber yang kini menjadi ancaman serius kepada rakyat sehingga melibatkan kerugian ratusan juta ringgit,” katanya pada sidang media berhubung kerjasama KKMM dan JSJK di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh; Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor dan Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak.

Gobind dalam pada itu berkata permintaan Pengarah JSJK untuk syarikat telekomunikasi menaik taraf sistem mereka turut dipertimbangkan bagi membantu pihak polis mengesan alamat Protokol Internet (IP) yang digunakan oleh scammer atau penjenayah siber.

Gobind mendedahkan terdapat kira-kira 700,000 nombor talian prabayar yang diragui berikutan terdapat percanggahan butiran pendaftaran berikutan pelaksanaan pengesahan data menggunakan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata syarikat telekomunikasi sedang mengemas kini pangkalan data pelanggan prabayar mereka untuk memastikan bahawa semua nombor yang aktif disahkan dan mengandungi maklumat terkini pengguna.


“Perkhidmatan nombor prabayar akan ditamatkan sekiranya pengguna atau individu itu gagal mengemaskini maklumat,” katanya.

Berdasarkan statistik JSJK, terdapat 10,203 kes penipuan siber yang dilaporkan pada 2017 manakala bagi 2018, jumlah kes yang telah dilaporkan setakat 3 Okt ialah 8,313.

Menurut Gobind, empat penipuan yang paling banyak ketika ini ialah penipuan telekomunikasi iaitu Macau Scam, pinjaman tidak wujud, 419 Scam dan penipuan berkaitan pembelian dalam talian.

Pada 2017, jumlah kerugian yang direkodkan ialah RM183 juta dan bagi tahun ini, sehingga 3 Okt lepas (2018) pula sebanyak RM299 juta, katanya. – BERNAMA

Kategori