Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Sesak Nafas...

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut setelah tempat sembahyang di rumah teres dua...

DSV Kecewa Dilabel ‘Desperate’...

TAHNIAH Dato' Seri Vida! Kerana telah berjumpa dengan jejaka bermata kelabu seperti mana...

Bekas Exco Selangor Meninggal...

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Datuk Mohd....

Guru Terseksi Di Dunia...

BEKAS guru Matematik yang bertukar profesion menjadi seorang model, telah diumumkan sebagai muka...

KKM Timbang Wajibkan 2 Daripada 12 Vaksin

KEMENTRIAN Kesihatan (KKM) bersedia menimbang cadangan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) untuk mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan mewajibkan suntikan tersebut melibatkan vaksin MMR iaitu bagi campak, beguk dan rubella serta vaksin difteria yang akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

“Cadangan yang kami peroleh ini saya ambil kira secara mendalam kerana dengan mewajibkan satu hingga dua vaksin ini sebenarnya kita akan dapat mencegah enam hingga tujuh jenis penyakit,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Malaysia 2019 di Hotel Istana hari ini.

Katanya, ketika ini KKM telah menggerakkan pasukan petugas khas untuk mengkaji semua cadangan dalam usaha mewajibkan vaksin imunisasi kepada kanak-kanak di negara ini.

Dzulkefly berkata, penubuhan pasukan khas tersebut menunjukkan komitmen tinggi kementerian dalam memastikan kepentingan kesihatan anak-anak terjamin dan kes kematian melibatkan kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin tidak berulang.

Kategori