Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Albino Dikhuatiri Dibunuh...

TANZANIA – Seorang kanak-kanak perempuan penghidap Albino yang berusia empat tahun, Pendo Emmanuelle...

Orang Asli Mahu Pembalakan...

KUALA LUMPUR - Masyarakat Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak mahu...

Hoki: Jepun Waspada Serangan...

SINGAPURA - Jurulatih hoki Jepun, Kang Keon Wook menyifatkan Malaysia sebagai satu pasukan...

Aksi ‘Ghairah’ Kak KM...

MUNGKIN ada yang tidak mengenali pemilik nama Liana Rosli. Tapi anda mungkin kenal...

KKM Sahkan Terowong Disinfeksi Tak Mampu Bunuh Covid-19

PUTRAJAYA – Penggunaan terowong disinfeksi bagi proses nyah kuman disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mampu membunuh koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan peralatan itu boleh mendatangkan kemudaratan.

“Justeru KKM tidak menyarankan penggunaannya sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 terhadap manusia,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah menerima beberapa permohonan bagi tujuan pengesahan penggunaan terowong disinfeksi dan peralatan seumpamanya.

“Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM telah melakukan penilaian terhadap beberapa model terowong disinfeksi seperti kebuk (chamber), gerbang, ‘booth’ dan ‘partition’ yang mempunyai fungsi sama menyahkuman terhadap manusia,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati proses nyah kuman oleh peralatan yang dinilai melibatkan seseorang melalui peralatan tersebut untuk tempoh 20 hingga 30 saat di mana individu akan disembur menggunakan bahan kimia.


“Kesemua model yang telah dikaji menggunakan bahan kimia berlainan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil penilaian mendapati bahawa tiada bukti untuk menunjukkan bahawa peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan Covid-19.

“Jangka masa 20 hingga 30 saat tidak memadai untuk proses nyah kuman yang berkesan dan ianya juga tidak boleh membunuh kuman di dalam badan manusia.

“Tambahan pula bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (membrane mucosa) seperti di mata dan mulut,” katanya. – Sinar Harian

Kategori