Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

BACA: Luahan Hati Ketua...

Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor...

Kematian Maradona Didakwa Kerana...

BUENOS AIRES - Peguam yang sentiasa bersama Diego Maradona mengkritik penjagaan terhadap bintang...

Rakyat Tidak Jaga Kesihatan...

KOTA KINABALU - Rakyat yang lalai terhadap penjagaan kesihatan diri dianggap sebagai membazir...

Pendakwah Hina Wanita Otak...

RIYADH - Seorang pendakwah Arab Saudi dilarang menjalankan aktiviti agama selepas berkata wanita...

KKM nafi stok ubat rawat jangkitan influenza tidak cukup

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan dan khabar angin yang menyatakan stok ubat-ubatan bagi merawat jangkitan influenza di fasiliti KKM tidak mencukupi atau sudah kehabisan stok.

Menurut Program Perkhidmatan Farmasi KKM, berikutan jangkitan influenza yang merebak dalam negara, pihak KKM turut mengambil inisiatif mendapatkan bekalan tambahan daripada pembekal alternatif bagi memastikan stok ubat-ubatan mencukupi dan memenuhi permintaan.

Buat masa ini kedudukan stok “Oseltamivir 75mg Capsule” dan “Oseltamivir 60mg/5ml Oral Suspension” adalah mencukupi bagi menampung keperluan rawatan influenza di fasiliti KKM.

Jangkitan influenza turut dilaporkan boleh menyebabkan komplikasi radang paru-paru (pneumonia) yang seterusnya boleh membawa maut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian kluster radang paru-paru yang melanda Wuhan, China masih dalam siasatan.

Noor Hisham berkata, pihak berkuasa China bagaimanapun, mengesahkan jangkitan itu bukanlah jangkitan influenza, avian flu, adenovirus, Middle East respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV) ataupun severe acute respiratory syndrome (SARS).

“Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan insiden itu sedang dipantau rapi, namun buat masa ini ia tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan dan perdagangan dengan China,” katanya.

KKM memandang serius kejadian ini, selain terus memantau situasi dan memaklumkan sebarang perkembangan daripada WHO dari semasa ke semasa, tambah beliau.


Antara langkah kesiapsiagaan yang dilaksanakan KKM bagi menghadapi potensi penularan penyakit ini adalah pemakluman berkaitan kejadian kluster ini dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi kepada anggota KKM di semua peringkat.

Ini termasuklah di pintu masuk antarabangsa negara; memberi penekanan dan memperkukuh aktiviti saringan demam sedia ada dalam kalangan pengembara oleh anggota yang bertugas di pintu masuk negara.

Saringan pesakit di klinik kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital diperkukuhkan bagi memastikan kes yang disyaki akan dirujuk dan dikendalikan dengan mematuhi langkah pencegahan dan kawalan infeksi dan sekiranya terdapat kes yang disyaki, individu itu akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut WHO sehingga 5 Januari, sebanyak 59 kes dikenal pasti di China mempunyai kaitan dengan kejadian kluster itu dan daripada jumlah kes itu, 7 kes dalam keadaan teruk, manakala yang lain stabil dan tiada kematian dilaporkan.

“Pihak WHO juga melaporkan buat masa ini tiada ‘human-to-human transmission’. Siasatan masih dijalankan dan sebanyak 121 hubungan rapat kes itu dikesan dan diletakkan di bawah pemerhatian,” katanya lagi.

Kategori