Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Maut Jatuh...

BAGAN SERAI - Seorang warga emas maut setelah terjatuh daripada basikal yang ditungganginya...

Pakatan Harapan Gusar Kerjasama...

SHAH ALAM - Kehadiran pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) menjelang hari akhir kempen...

PLKN Perlu Diteruskan –...

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa teliti semula cadangan pemansuhan Program Latihan Khidmat Negara...

Operasi Israel Ragut 6...

BANDAR GAZA, Wilayah Palestin – Kejadian berbalas tembakan berlaku ketika tentera Israel mengadakan...

KKM Nafi Hospital Serdang Beri Vaksin Kepada ‘Influencer’ Esok

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Hospital Serdang, di sini, merancang memberi vaksin COVID-19 kepada personaliti media sosial (influencer) dan pengurusan kanan hospital itu esok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata isu ‘memotong barisan’ bagi mendapatkan vaksin adalah tidak dibenarkan dan akan disiasat untuk tindakan lanjut.

Katanya, semakan awal mendapati Hospital Serdang bercadang memberi vaksin COVID-19 kepada beberapa ketua jabatan klinikal, selain anggota barisan hadapan lain sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada petugas hospital.

“Ketua jabatan klinikal adalah pakar perunding bidang masing-masing dan sememangnya terdedah kepada risiko COVID-19, selain kerap mempunyai kontak dengan pesakit mahupun waris semasa menjalankan tugas.

“KKM ingin menegaskan pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti yang dinyatakan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan kepada BH.

Noor Hisham berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita tempatan yang mendakwa Hospital Serdang berhasrat memasukkan tiga orang ‘influencer’ dan pegawai pengurusan kanan hospital yang tiada kontak secara terus dengan pesakit sebagai penerima pertama vaksin esok.

Menurut portal terbabit, identiti influencer itu masih tidak dapat dipastikan, termasuk sama ada mereka adalah sebahagian petugas barisan hadapan dengan jumlah pengikut yang besar di media sosial.


Hospital Serdang dipilih sebagai antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan akan mula memberi vaksin esok.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech, sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negara ini.

Noor Hisham berkata, pihak media dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membuat laporan dan hanya melaporkan perkara yang disahkan benar.

“KKM berharap laporan palsu seperti ini dapat diambil tindakan segera oleh pihak berwajib bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihatkan menyemak terlebih dulu sebelum mempercayai sebarang berita atau menyebarkan kepada orang lain,” katanya. – BH Online

Kategori