KKM Kesan Kluster Baharu Taman BDC Kuching

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu wabak koronavirus (Covid-19) iaitu Taman BDC Kuching, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas 37 kes positif wabak itu dikesan di taman tersebut.

“Ingin dimaklumkan terdapat satu kluster baharu telah dikenal pasti di Kuching iaitu kluster Taman BDC.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Ia melibatkan 37 kes dan ia juga mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di masjid dan ia merupakan kes indeks.

“Kes ini telah menjangkiti ahli keluarga, rakan masjid dan juga rakan sekerja melibatkan tiga generasi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat pertambahan kes positif baharu wabak itu melibatkan lima kluster.

Katanya, kluster Chow Kit merekodkan kes positif baharu tertinggi iaitu 16 kes, Sendayan lima kes, Pasentran tiga kes, Kampung Baru dua kes dan satu kes di madrasah Jasin.

“Lain-lain kluster tiada rekod pertambahan kes positif baharu setakat hari ini,” katanya. – Sinar Harian

Loading...