Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PLUS Jangka Pertambahan Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Plus Expressways Sdn Bhd (PLUS) menjangka pertambahan kenderaan di semua...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad...

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada...

Ketua, Timbalan Ketua AMK...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin...

Pasaran Saham Malaysia Paling...

KEMENANGAN PH pada Pilihan Raya Umum, Mei lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam...

KKM Kesan 41 Kluster COVID-19 Babit Institusi Pendidikan

PUTRAJAYA – Sepanjang tempoh 84 hari pertama pada tahun ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 15 kluster membabitkan pusat pengajian tinggi di seluruh negara. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu adalah daripada 811 kluster jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di negara ini antara 1 Januari hingga hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan 11 kluster jangkitan di sekolah menengah, prasekolah dan sekolah rendah (10) serta pusat tahfiz dan madrasah (lima) yang dilaporkan dalam tempoh hampir tiga bulan ini. 

“Ini termasuk tiga kluster baharu yang diumumkan pada hari ini iaitu Kluster Paloh Rambai, Kluster Merinding dan Kluster Persiaran Maktab.

“Bermula 20 Januari lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pembukaan semula institusi pendidikan secara bersemuka bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) secara berfasa. 

“Pada 1 Mac lalu, pembukaan ini diperluaskan kepada sekolah rendah dan prasekolah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 


Dr Noor Hisham berkata, KKM menyambut baik komitmen KPM memastikan pelajar tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat. 

Justeru, katanya, KKM mengingatkan semua pihak terutama pentadbir, guru, ibu bapa atau penjaga, pengusaha kantin, pemandu kenderaan sekolah serta pelajar supaya sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu. 

Belia berkata, pihak terbabit perlu sentiasa mengamalkan nasihat umum KKM sebelum, semasa dan selepas waktu persekolahan. – BH Online

Kategori