Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mangsa Kelima Rabies Di...

KUCHING - Mangsa kelima wabak anjing gila atau rabies meninggal dunia di Hospital...

Penyakit Misteri Ragut 18...

LAGOS - Satu penyakit misteri yang membunuh pesakit dalam tempoh 24 jam sudah...

Lebih 700,000 Pendeposit Tabung...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) mengenalpasti lebih 700,000 akaun pendeposit TH...

Gamer Malaysia Kongsi RM21.7...

PETALING JAYA: Nama Malaysia sekali lagi harum di pentas dunia apabila ‘gamer’ negara, Cheng Jin Xiang berkongsi hadiah AS$5.2 juta (RM21.7 juta) selepas muncul naib juara kejohanan e-sukan berprestij di Romania hari ini.

KKM Boleh Tanam Mayat Kim Jong-nam Di Malaysia

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum memutuskan sebarang tindakan pengurusan mayat Kim Jong-nam, warga Korea Utara yang dibunuh di negara ini pada 13 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata setakat ini tiada peraturan yang mengehadkan tempoh masa untuk mayat disimpan di sesebuah hospital.

“Tiada sebarang had masa atau tempoh tertentu bagi tuntutan mayat…memandangkan kes ini berprofil tinggi, kita tidak boleh terburu-buru membuat keputusan.

“Kementerian akan putuskan perkara ini. Di Malaysia, tidak ada peraturan perlu tempoh berapa hari, berapa bulan untuk lepaskan mayat…tiada had masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jamboree Balik Pulau 2017 di Politeknik Balik Pulau di sini hari ini.

Dr. Hilmi berkata kerajaan mempunyai masa untuk memutuskan sebarang langkah bagi pengurusan mayat Jong-nam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Berhubung sama ada tuntutan mayat perlu diserahkan kepada keluarganya, Dr. Hilmi berkata kebiasaannya jika terdapat sebarang kematian, mengikut undang-undang negara ini mayat harus diserahkan kepada waris si mati.

Sekiranya si mati tidak dituntut langsung oleh waris atau keluarganya, mayat itu boleh ditanam di Malaysia.


Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan mayat Jong-nam diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk urusan seterusnya kerana tidak ada waris yang menuntutnya setakat ini.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Beliau dihampiri dua wanita yang menekup mukanya dengan bahan yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport atas nama ‘Kim Chol’, meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Kategori