Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Skrip Siap Dulu, Baru...

JIKA beberapa hari lepas sutradara terkenal, David Teo ada mengatakan bahawa karya yang...

Google, Meta Didenda Lebih...

SEOUL – Korea Selatan mendenda Google dan Meta lebih AS$71 juta (RM321.38 juta)...

Israel Lancar Serangan Udara...

AMMAN - Satu serangan udara oleh Tentera Israel berlaku ke atas pos kawalan...

Pandalela Gagal Ke Final...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan aksi kurang menarik apabila...

KKM Proaktif Cegah Kemalangan Kakitangan

KUALA LUMPUR – Semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran agar mengambil berat tentang keselamatan diri mereka dan mengamalkan budaya pemanduan yang selamat, terutamanya selepas tugasan diselesaikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kemalangan membabitkan Doktor Perubatan mendapat perhatian ramai terutama bagi kemalangan ulang alik.

KKM Proaktif Cegah Kemalangan Kakitangan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

“Berdasarkan data jumlah kemalangan ulang-alik di kalangan kakitangan hospital KKM pada tahun 2014 sehingga 2016, didapati terdapat sebanyak 554 kes melibatkan anggota kesihatan dari pelbagai kategori yang bertugas di hospital KKM.

“Antara faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya adalah pemandu yang memandu dalam keadaan penat dan mengantuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata,  sekiranya mengantuk atau kelesuan, mereka disarankan mengambil masa untuk berehat atau tidur sebentar sebelum memandu.

“Ini bagi memastikan mereka dapat memandu dengan selamat semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Memandangkan hospital KKM menawarkan perkhidmatan kesihatan berterusan selama 24 jam, adalah menjadi lumrah anggota kesihatan di hospital untuk bekerja di luar waktu bekerja biasa.

“Justeru KKM akan terus mengambil langkah-langkah proaktif bagi menambahbaik kebajikan dan keselamatan anggota dari semasa ke semasa,” katanya.


Menurut beliau, pelbagai kemudahan disediakan bagi semua kakitangan bagi memastikan kebajikan keselamatan anggota.

“KKM prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan anggota. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kakitangan dan terdapat peruntukan sedia ada berdasarkan pekeliling.

“Ia adalah untuk memberi kelonggaran tertentu kepada anggota kesihatan berdasarkan budi bicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada keperluan perkhidmatan di hospital,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=e6IMCbo9p8E

Kategori