Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kaka Azraff Dituduh Sebar...

DAH reda gosip mengatakan dia menjadi punca perpisahan pelakon Tasha Shilla dengan kekasihnya,...

Dakwa 51 ‘Scammer’ Warga...

SERAMAI 51 warganegara China berusia antara 17 dan 46 tahun dihadapkan ke Mahkamah...

Prasekolah Di Seluruh Negara...

PUTRAJAYA - Sistem pembelajaran prasekolah di Malaysia akan ditambah baik melalui kajian yang...

Polis Buru Lelaki Indonesia...

TAWAU - Polis giat memburu seorang suspek warga Indonesia bagi membantu siasatan kes...

Disaran Naik Taraf Pengkalan Raja Tun Uda

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang hari ini disaran menaik taraf Jeti Pengkalan Raja Tun Uda selaras dengan pembangunan yang berlaku di hub pengangkutan awam, Penang Sentral di Butterworth.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kota, Daniel Gooi berkata sebagai mod pengangkutan utama atau untuk tujuan pelancongan, Pengkalan Raja Tun Uda wajib diberi penambahbaikan kerana ia mencerminkan mercu kemegahan negeri.

Beliau berkata Pengkalan Raja Tun Uda itu tidak pernah dinaik taraf sejak mula beroperasi pada awal 1960-an dan infrastruktur yang sedia ada kebanyakannya adalah diguna pakai lebih 50 tahun.

“Pengkalan ini merupakan laluan masuk utama atau “entry point” ke kawasan pulau, dan selaras dengan pembangunan Penang Sentral, semestinya ia akan menarik lebih ramai pengguna feri dan pengunjung ke Pulau Pinang sekiranya penambahbaikkan dapat dilakukan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Jeti Pengkalan Raja Tun Uda di George Town, merupakan jeti yang menghubungkan bahagian pulau melalui perkhidmatan feri dengan Jeti Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.

Ooi berkata kedua-dua jeti ini sememangnya memerlukan pernambahbaikan demi keselesaan para pengguna dan juga pelancong luar negara.

Beliau berkata kadar pengguna feri mencatatkan peningkatan yang positif selepas dikendalikan oleh Rapid Ferry Sdn Bhd anak syarikat Kumpulan Prasarana Malaysia.


“Kadar penggunaan sepanjang hari secara purata bagi penumpang pejalan kaki adalah pada 23.7 peratus (70 orang berdasarkan kapasiti penuh 300 orang penumpang) dan 77.3 peratus bagi motosikal, kereta dan lori (berdasarkan 50 petak yang disediakan di dalam sesebuah feri) sehingga September 2018,” katanya.

Selepas lebih 10 tahun tertangguh, terminal pengangkutan bersepadu bagi wilayah utara, Penang Sentral yang bernilai RM2.7 billion, akhirnya akan dibuka pada Disember hadapan.

Projek Penang Sentral yang tertangguh berikutan terbabit dalam isu pemilikan tanah kini dimajukan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) mengikut Pembangunan Berlandaskan Pengangkutan (Transport Oriented Development-TOD).

Penang Sentral akan menyediakan 577 tapak parkir kenderaan, 38 tapak parkir bas, 55 lot kedai selain jejantas yang menghubungkan ke stesen feri dan stesen kereta api Butterworth dan ia dijangka mampu menampung kapasiti maksimum sehingga 5,000 pengunjung sehari.

Persidangan DUN Pulau Pinang bersambung esok. – BERNAMA

Kategori