Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pencuri Pakaian Dalam Diberkas...

BENTONG - Kekeliruan dan kegelisahan seorang suri rumah di Kampung Perting, di sini,...

JPJ Buat Kajian SOP...

KEPALA BATAS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan kajian terhadap prosedur operasi...

Bapa Mangsa Insiden Letupan...

KUCHING - Bapa kepada mendiang Tchee Kiam Jong, iaitu Tchee Foh Hin amat...

Projek Hidroelektrik Bukan Punca...

TEMERLOH - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menafikan dakwaan bahawa pembangunan Projek...

Kerajaan Terus Laksana GST Kerana Terbukti Berkesan

PUTRAJAYA – Kerajaan Barisan Nasional akan terus melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana sistem cukai tersebut terbukti berkesan untuk Malaysia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, GST yang telah dilaksana di lebih 170 negara itu boleh membantu menghapuskan ekonomi gelap, iaitu kegiatan transaksi perniagaan yang tidak boleh dikesan dan tidak dikenakan cukai.

“Dengan GST, kita menjangka pendapatan akan meningkat kerana kita dapat menguruskan sistem cukai dengan cekap. GST adalah sistem yang paling cekap di dunia. Bahkan beberapa negara yang telah bertukar kerajaan, kerajaan baru yang mengambil alih tidak pernah kembali kepada sistem lama.

“Ini kerana sistem itu cekap dan dapat mengurangkan ekonomi gelap yang besar. Jika anda tidak mempunyai GST, anda tidak boleh mengharapkan ekonomi berkembang ke peringkat seterusnya atau menghapuskan ekonomi gelap atau bayangan,” katanya. kepada pemberita selepas melancarkan hari terbuka tahunan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Johari menjawab soalan mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia mampu menjadi Harimau Asia tanpa GST.

Sejak Malaysia melaksanakan GST pada 1 April 2015, dengan kadar tetap pada enam peratus, lebih banyak syarikat telah tampil ke depan untuk mendaftar bagi dimasukkan ke dalam sistem cukai berkenaan, kata Johari.

“Bagi mereka yang mengatakan sistem ini tidak cekap, saya mahu mereka tampil ke depan untuk menjelaskannya kepada saya. Saya telah membahaskan beberapa kali di Parlimen mengenai GST sebagai sistem terbaik,” katanya.

Mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan pada Isnin bagi mendapatkan peruntukan belanjawan tambahan, Johari berkata, ia adalah rang undang-undang kontingensi biasa kerana kerajaan telah membentangkan rang undang-undang itu pada tahun-tahun sebelumnya untuk membetulkan beberapa perkara dalam bajet.


“Pada masa lalu, ada kalanya kita membentangkan belanjawan tambahan sehingga empat kali setahun Tetapi dalam tempoh empat tahun lepas, kita hanya melakukannya sekali setiap tahun. Ini menunjukkan kita telah meningkatkan kecekapan belanjawan kita. Belanjawan kita hampir tepat dan kita telah mencapai sasaran belanjawan defisit, jadi ini bukan masalah besar,” katanya.

Menurutnya, rang undang-undang perbekalan tambahan mesti dibentangkan setiap tahun untuk membetulkan bidang tertentu yang melibatkan 18 kementerian.

Pada Isnin, Johari membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 untuk bacaan pertama di Parlimen, dengan menyatakan bahawa wang tambahan diperlukan untuk menyokong perbelanjaan tambahan di bawah bajet persekutuan.

Pada Oktober 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM260.8 bilion ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

Terdahulu, dalam ucapannya, Johari menggariskan bahawa empat faktor asas, iaitu kestabilan politik, sistem kewangan yang kukuh, bakat dan kepakaran terbaik dari sektor kerajaan dan swasta serta masyarakat yang siha sangat berkaitan dengan pelaburan dan perkembangan ekonomi. – BERNAMA

Kategori