Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Thanabalan Azam Bawa NS...

KUALA LUMPUR - Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, N. Thanabalan berazam...

Isu Pulau Batu Puteh:...

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman individu terhadap kerajaan berhubung...

Nenek Maut Selepas Kereta...

MUKAH - Seorang wanita maut manakala cucu lelaki angkatnya cedera ringan apabila kenderaan...

Polis Buru Suspek Simbah...

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu individu yang terlibat dalam kes simbah asid...

KJ Tercalon Dalam Anugerah MeleTOP Era 2016

YA benar, pasti ramai yang terkejut dengan berita ini.

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dicalonkan untuk kategori ‘Bintang Online MeleTOP’ untuk Anugerah MeleTOP ERA 2016.

Figura politik popular ini dicalonkan kerana memiliki pengikut yang ramai di laman sosialnya. Ini meletakkan beliau sebaris dengan beberapa selebriti popular tanah air antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Rozita Che Wan, Nora Danish, Fazura, Shahezy Sam, Erra Fazira dan Neelofa yang turut dicalonkan dalam kategori sama.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, “Walaupun YB KJ bukan seorang selebriti, tetapi dia memiliki pengikut yang ramai di media sosial seperti di Twitter, Instagram dan Facebook. Jadi jika diikut dari kombinasi jumlah pengikut, Kj layak untuk dicalonkan menerusi kategori ‘Artis Online Popular’.”

Selain itu, Nabil diumumkan kekal sebagai hos Anugerah MeleTOP ERA kerana pengalaman yang dimiliki selain merupakan peneraju utama program tersebut bersama Neelofa di saluran Astro Ria (104).

Undian fasa pertama bagi senarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai kini dibuka kepada orang ramai mulai 17 Disember 2016, jam 6 petang sehingga 15 Januari 2016 jam 12 tengah hari.


Undian boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman web www.meletop.com.my dan www.era.fm atau melalui aplikasi terbaharu daripada Astro Radio iaitu Raku yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store. – Astro Gempak

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=MkiBh7YClPg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori