Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM5.7 Bilion Wang Tak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM5.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam...

Hanya Peminat 18 Tahun...

HANYA peminat setia penyanyi Madonna yang berusia 18 tahun ke atas boleh menonton...

56 Mati Selepas Minum...

MAPUTO - Sekurang-kurangnya 56 orang mati di sini semalam selepas minum bir tradisional...

Khloe Kardashian Tidak Puas...

MESKIPUN hidup serba glamor dan mewah, nyata perkara itu tidak memberikan sepenuh kegembiraan...

KJ Bidas Janji PH Tawar EPL Percuma Di RTM

JANJI MANIS… Tawaran pakatan pembangkang untuk memberikan hak penyiaran bola sepak luar negara kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) bukan sahaja pelik, tetapi jelas bazir duit rakyat!

Malahan janji kelakar berkenaan konon akan ditunai sekiranya mereka menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang dibidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai tidak matang dan bertanggungjawab.

Beliau ketika mengulas janji terbaharu sayap pemuda Pakatan Harapan (PH) ketika konvensyen blok pembangkang itu di ibu negara kelmarin bahkan menyifatan ia sebagai ‘gula-gila’ untuk memikat hati golongan muda tersebut.

“Mereka berjanji konon perlawanan English Premier League (EPL) dan La Liga Primera División Sepanyol akan disiarkan secara langsung oleh stesen RTM. Saya ada bertanya kepada rakan saya di stesen tv mengenai isu ini.

“Antaranya berapakah kos untuk menyiarkan perlawanan secara langsung, dan hak penyiaran ini melalui proses bidaan sengit… Setiap tahun bidaan boleh mencecah ratusan juta ringgit, mungkin lebih daripada RM100 juta.

“Kalau hak siaran diberikan kepada pihak RTM, siapa yang akan bayar? Akhirnya kena juga guna wang rakyat. Katakanlah hendak bersiaran perlu bayar RM200 juta, takkan nak belanja duit habis begitu sahaja?” kata Khairy.

Beliau yang merupakan Ketua Pemuda UMNO dan juga Pengerusi Pemuda Bariasan Nasional (BN) berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Parlimen Jelebu kelmarin.

Turut hadir sama ialah Pengerusi BN Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias serta timbalan pengerusinya, Baharudin Jali; pemimpin parti komponen BN Jelebu dan 6,000 ahli BN Jelebu.


Pemuda PH pada konvensyennya menjanjikan konon siaran perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk EPL menerusi saluran RTM, jika pembangkang memperoleh mandat mentadbir negara selepas PRU ke-14 nanti.

Menyifatkan janji itu tidak masuk akal, Khairy berkata adalah lebih baik duit hendak dibelanjakan untuk siaran langsung perlawanan itu digunakan membina kompleks sukan di seluruh negara bagi manfaat rakyat keseluruhan.

Khairy dalam pada majlis itu turut mengumumkan pembinaan sebuah kompleks sukan baharu. “Kita akan tenderkan kerja ini secepat mungkin dan kalau dapat kita tender dalam masa terdekat, 18 bulan boleh siap.

“Ia dibina dengan kos sebanyak RM8 juta,” katanya. Kompleks sukan itu adalah permintaan daripada Jalaluddin yang menurutnya merupakan permintaan daripada golongan muda di Jelebu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori