Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lagi Hubungan Sulit Lin...

SELEPAS kisah hubungan sulitnya dengan pelakon dan model Zhao Yaqi terbongkar, kali ini...

Selesai Inkues Baru Fail...

SHAH ALAM - Afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara yang mengatakan kematian Muhammad...

Video: Wanita Diragut Diseret...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita melawan ketika diragut menyebabkan dia terseret beberapa...

Jawatankuasa Teliti Gejala Sosial...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa ditubuhkan bagi meneliti...

Kita Hanya Perlu 1 Sistem Pendidikan – Rais

TEGAS… Kerajaan diminta untuk bertegas tolak pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan menjadikan pendidikan masa depan negara cuma berteras kepada satu sistem sahaja.

Perkara itu disuarakan bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan berkata, amat malang jika kerajaan baharu diterajui Pakatan Harapan (PH) condong untuk mendokong UEC yang diimport dari luar negara.

Beliau menegaskan lagi bahawa komen-komen petualang yang berbaur fitnah mahu UEC segera diiktiraf kerajaan pada ketika ini akan menyebabkan berlakunya perpecahan kaum serta mengganggu sensitiviti kaum lebih dahsyat.

“Lantaran komen petualang seperti inilah kenapa pendidikan negara masa depan wajib satu. Amat malang jika kerajaan condong lantas dokong UEC. DAP wajib hentikan gara-gara ini jika tidak buruk padahnya,”ujarnya.

Catatan Rais menerusi akaun sosial Twitternya hari ini jelas merujuk usaha pihak tertentu dalam PH mahu UEC diberi pengiktirafan kerana merupakan salah satu daripada manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 blok itu.


Baru-baru ini Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek memberitahu sebarang keputusan bakal diambil berhubung pengiktirafan UEC akan bersifat komprehensif dan holistik dengan tidak gugat kedudukan bahasa Melayu.

Ini termasuk martabatnya sebagai bahasa kebangsaan. Namun jaminan beliau tidak diyakini pelbagai pihak ekoran tekanan DAP menyebabkan menteri itu seolah-olah mahu beralah begitu sahaja. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori