Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tempah Baju Kahwin, Nazim...

PASANGAN Nazim Othman dan Bella Dally yang telah lama bertunang diketahui masih merahsiakan tarikh...

Fasa 4 PPN: SOP...

KUCHING: Prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Sarawak,...

Thailand Cadang Kenakan Caj...

BANGKOK: Thailand merancang untuk mengutip bayaran sebanyak 300 baht (RM39.28) daripada pelancong asing...

Dua Kilang Di Shah...

SHAH ALAM : Dua buah kilang di Shah Alam terbakar dalam dua kejadian...

“Kita Berjaya Menyatukan 3 Parti” – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam memuat naik gambar pertemuan beliau dengan dua lagi Presiden parti kerajaan, iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Melalui perkongsian di laman Twitternya, Abdul Hadi berkata, ketiga-tiga parti berkenaan berjaya disatukan.

“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita tak boleh berpisah dengan UMNO, tak boleh berpisah dengan BERSATU,” katanya.

Khamis lalu, Ahmad Zahid memaklumkan, Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sehari sebelumnya menyatakan hasrat membawa partinya menyertai Muafakat Nasional (MN) yang dianggotai UMNO dan PAS.

Katanya, hasrat berkenaan akan dibincangkan dengan PAS dan Jawatankuasa Induk MN sebelum ini memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

Setiausaha Bersama Sekretariat MN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, MN sudah membuat pelawaan rasmi kepada BERSATU untuk menyertai pakatan itu. – BH Online

Kategori